Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kok.léa] | کوکليا

Definisi : (kokléa) bahagian telinga dalam yg berupa saluran berpilin yg melaluinya gelom­bang bunyi dihantar ke saraf pendengaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kok.léa] | کوکليا

Definisi : /kokléa/ ist bahagian telinga di sebelah dalam yg berbentuk spt tiub berpilin dan pdnya terdapat saraf-saraf yg perlu utk pendengaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koklea


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
implantable medical deviceperanti perubatan boleh implanFizikNanoteknologiAlat elektronik bersaiz kecil yang ditanam di dalam jasad. Peranti ini berupaya menjana kuasa sendiri dan serasi dengan badan manusia. Contohnya, perentak jantung diimplan pada bahagian jantung untuk membekalkan denyutan elektrik bagi membantu pengepaman darah oleh jantung dan juga memasukkan implan koklea ke dalam bahagian koklea bagi merawat masalah pekak yang serius.
electrocochleagraphyelektrokokleagrafiSains KesihatanTiadaUjian untuk mengukur potensi elektrik koklea dan saraf auditori.
otoacoustic emissionpancaran otoakustikSains KesihatanTiadaBunyi yang dihasilkan oleh aktiviti sel rerambut di dalam koklea, sama ada secara spontan atau sebagai respons terhadap rangsangan akustik.
short increment sensitivity index (SISI)indeks kepekaan peningkatan pendekSains KesihatanTiadaUjian yang dilakukan terhadap fungsi koklea bagi menentukan sama ada rekruitmen berlaku atau tidak.
bone vibratorpenggetar tulangSains KesihatanTiadaAlat yang diletakkan pada tulang mastoid untuk menghantar rangsangan bunyi ke koklea.
extratympanic electrodeelektrod ekstratimpanumSains KesihatanTiadaElektrod yang diletakkan di luar membran tempanik yang dimasukkan ke dalam salur telinga untuk merakamkan respons elektrik daripada koklea.
implantable sensorsensor boleh implanFizikNanoteknologiPeranti penderia yang dapat ditanam di dalam badan. Peranti ini berupaya menjana kuasa sendiri dan serasi dengan badan manusia. Contohnya, penderia pendengaran yang dimasukkan ke dalam koklea bagi merawat masalah pekak yang serius.
conductive hearing losshilang pendengaran konduktifSains KesihatanTiadaKerosakan kepekaan terhadap pendengaran disebabkan masalah yang wujud di bahagian telinga luar dan/atau di bahagian tengah yang menghalang gelombang bunyi dari luar sampai ke bahagian telinga dalam (koklea).
carhart notchtakukan carhartSains KesihatanTiadaSatu takukan yang terdapat pada frekuensi tertentu pada audigram konduksi tulang. Takukan tersebut berbeza antara satu frekuansi dengan satu frekuensi yang lain. Contohnya, 5 dB pada frekuensi 500 Hz dan 4000 Hz, 10 dB pada 1000 Hz, dan 15 dB pada 2000 Hz. Takukan ini terhasil kesan daripada ketidakupayaan cecair di dalam koklea untuk bergerak dengan bebas semasa footplate pada stapes melekat kepada tingkap separuh bulat.

Kembali ke atas