Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lubang di tanah yg besar dan dalam utk menakung air hujan (air dr sungai dll) utk minuman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kolam air

Puisi
 

Anak ayam baru berkepak,
     Mari patuk burung balam;
Bawa garam cuma secupak,
     Takkan masin air di kolam.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tidal poollopak pasang surutSains MarinTiadaTompokan air laut cetek yang terbentuk di pantai pasang surut yang berbatu atau terumbu. Kebanyakan kolam air wujud sebagai badan air berasingan ketika air surut.
algal bloomledakan algaPerikananAkuakulturFenomena apabila berlakunya pertumbuhan alga secara mendadak dan mengakibatkan perubahan warna pada air kolam atau sungai.
oxidation pondkolam oksidasiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaTapak pengumpulan/pemprosesan air buangan.
planktonplanktonSains MarinTiadaOrganisma kecil dan mikroskopik yang hidup di dalam badan air seperti laut, tasik, sungai dan kolam yang mempunyai keupayaan renang terhad dan terapung-apung atau hanyut mengikut peredaran arus. Plankton dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu fitoplankton dan zooplankton. Organisma plankton yang utama adalah seperti diatom dan pelbagai alga mikroskopik lain, protozoa, krustasia kecil, peringkat larva dan telur berbagai-bagai jenis organisma.
nymphaetelipukPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan terapung dengan akar yang melekat di dasar kolam atau tasik. Daun telipuk bersaiz besar dan terapung di atas permukaan air. Telipuk juga mempunyai bunga pelbagai warna.
ghost shrimp/glass shrimpudang gantungPerikananAkuakulturSejenis krustasea air tawar yang popular dalam industri ikan hiasan untuk dijadikan sebagai makanan hidup kepada ikan pemangsa seperti kelisa. Udang gantung turut dikenali sebagai udang beras atau udang padi dengan nama saintifik, Macrobrachium lanchesteri. Udang ini boleh dijumpai di dalam kolam, tasik dan sungai.

Kembali ke atas