Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.loid] | کولوءيد

Definisi : (Kim) sj campuran dgn zarah-zarah satu bahan terampai dlm bahan yg satu lagi (mis molekul kanji di dlm air). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.loid] | کولوءيد

Definisi : ist larutan, mis kanji, gelatin dan putih telur yg mengandungi zarah halus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koloid


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lyophobic koloidkoloid liofobikFarmasiFarmaseutikSistem koloid yang tidak stabil secara termodinamik. Partikel yang tersebar cenderung untuk berkumpul dengan tujuan merendahkan tenaga permukaan bebas pada sistem tersebut. Contohnya drug tidak larut air dan kaolin.
state of hydrationkeadaan penghidratanKejuruteraanKejuruteraan KimiaKeadaan koloid, terutamanya koloid hidrofilik yang mempunyai sifat tarikan terhadap air.
isoelectric pointtakat isoelektrik/titik isoelektrikGeologiTiadaNilai pH bagi medium sebaran suatu ampaian koloid ketika zarah koloid tidak bergerak dalam suatu medan elektrik.
dipersionserakanKejuruteraanPetroleumAmpaian partikel yang sangat halus di dalam suatu c ecair, misalnya ampaian koloid di dalam larutan koloid. Serakan dari agregat bererti subpembahagian agregat, misalnya serakan dari partikel lempung. Serakan mengakibatkan peningkatan luas pada permukaan spesifik partikel sehingga meningkatkan pula kelikatan dan kekuatan gel sesuatu cecair.
colloidal instabilityketakstabilan koloidSainsHidrometeorologiSifat yang dimiliki awan (dianggap beranalogi dengan sistem koloid atau aerosol) disebabkan zarah-zarah awan berkumpul menjadi jisim yang cukup besar untuk menjadi kerpasan. Oleh itu, awan secara semula jadi merupakan aerosol tak stabil. Masalah pokok dalam ilmu fizik awan ialah menentukan setiap kes yang dalamnya satu faktor kenyahstabilan yang menyebabkan pengerpasan koloid (mengakibatkan hujan atau salji). Faktor kenyahstabilan ialah cas elektrik tak seragam pada titisan berdekatan, saiz titisan, perbezaan suhu antara titisan berhampiran, gerakan golakan mikro yang membawa kepada perlanggaran dan kewujudan bersama ketiga-tiga fasa air.
hydrophobic colloidkoloid hidrofobiaKimiaTiadaKoloid yang mempunyai kurang afiniti terhadap air.
emulsion colloidkoloid emulsiKimiaTiadaKoloid yang kedua-dua fasanya ialah cecair.
hydrophilic colloidkoloid hidrofilikKimiaBiokimiaKoloid yang mempunyai sifat cinta air yang tinggi dan membentuk sebaran yang stabil di dalam air.
lyophilic colloidkoloid liofilikFarmasiFarmaseutikSistem koloid yang terhasil apabila satu fasa yang terdiri daripada bahan makromolekul seperti protein, tragakan dan metil selulosa tersebar dalam suatu fasa cecair yang stabil secara termodinamik dan bersifat berbalik.
colloidal silicasilika koloidKejuruteraanKejuruteraan KimiaKoloid yang mengandungi 40 � 40% silika dalam bentuk serbuk sfera tak poros dan tak berongga yang distabilkan oleh ion ammonium atau natrium. Silika ini boleh digelkan dengan meningkatkan suhu atau menukar pH dan dengan sifat ini ia berguna sebagai bahan perekat dalam penyediaan mangkin.
12345678910...

Kembali ke atas