Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ma] | کوما

Definisi : tanda baca (,) utk menandakan tempat berhenti sebentar ketika membaca; ~ bernoktah = titik ~ tanda baca (;) utk menandakan tempat berhenti membaca se­bentar; ~ di atas, tanda koma yg dituliskan di sebelah atas di hujung suku kata (spt tanda koma pd perkataan Dato’ dll); ~ terbalik tanda koma yg ditulis terbalik dan biasanya di sebelah atas baris atau perkataan, tanda ‘atau’; berkoma terdapat tanda koma; mengomakan meletakkan tanda koma pd: ~ ayat yg panjang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ma] | کوما

Definisi : keadaan tidak sedarkan diri utk beberapa lama (biasanya akibat kemalangan atau sesuatu penyakit): dlm keadaan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ma] | کوما

Definisi : tanda baca(an) (,) utk menandakan tempat berhenti sebentar: ~ bernoktah tanda baca(an) (;). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ko.ma] | کوما

Definisi : keadaan tidak sedar akan diri kerana sakit, cedera dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koma


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coma vigilkoma vigilPerubatanPsikiatriKeadaan pesakit yang koma tetapi mata terbuka.
vegetative statekeadaan vegetatifPerubatanPsikiatriKeadaan apabila seseorang yang koma terlalu lama dan kemudiannya sedar, tanpa mengetahui tentang persekitarannya.
applanationaplanasiSains KesihatanTiadaKeadaan sistem optik yang bebas daripada kesan aberasi sfera dan koma.
asyndetonawasendiKesusasteraanPuisiUngkapan ringkas yang menggunakan perkataan atau frasa secara berturutan tanpa menggunakan kata hubung, tetapi dipisahkan oleh tanda koma sahaja.
cornea drynesskekeringan korneaKejururawatanTiadaPerihal kekeringan mukosa membran yang disebabkan oleh kekurangan kelembapan pada permukaan mata. Keadaan ini sering dialami oleh pesakit yang koma dengan mata terbuka.
encephalitisensefalitisPendidikanTiadaSatu bengkakkan pada otak atau tisu lapisan luar otak yang disebabkan oleh beberapa virus. Sesetengahnya boleh mengakibatkan perubahan saraf yang berterusan selepas bengkakkan itu berhenti. Simptomnya seperti cepat penat, koma, sakit kepala dan lumpuh.
gagakugagakuMuzikTiadaEnsembel muzik yang dipersembahkan dalam upacara di istana Jepun. Gagaku yang mengiringi tarian dikenali seba­gai bugaku sementara gagaku yang dipersembahkan secara instrumental dikenali sebagai kangen. Ensembel gagaku dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu komagaku dan togaku. Alat muzik yang terlibat termasuklah koto, biwa, kakko, daiko, hichiriki, ryuteki, dan komabue. Gagaku bermaksud mu­zik yang halus (elegan), dan mempunyai fungsi yang sama dengan yen yue di China dan aak di Korea. Lihat juga koma­gaku, togaku.

Kembali ke atas