mixotrophic algae | alga miksotrofik | Sains Marin | Tiada | Kumpulan alga yang menggunakan kombinasi sumber tenaga dan sumber karbon yang berbeza dalam mensintesiskan makanannya. Alga miksotrofik merupakan perantaraan antara alga autotrafik dan alga heterotrofik. Kombinasi miksotrofik merupakan gabungan fototrof dengan kemotrof, dan litotrof dengan organotrof, autotrof dengan heterotrof atau kombinasi lain. Alga miksotrofik dapat hidup dalam keadaan bercahaya atau tanpa cahaya. |
codon | kodon | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kombinasi tiga nukleotida DNA atau RNA berurutan yang membentuk asid amino tertentu semasa sintesis protein. |
portpolio analysis | analisis portfolio | Ekonomi | Tiada | Analisis yang menentukan kombinasi aset kewangan yang cekap dan memberikan jangkaan pulangan yang maksimum kepada pelabur, di samping memenuhi keperluan kecairan pelabur tersebut. Andaian utama analisis ini ialah pelabur akan mengutamakan portfolio yang dijangka memberi kadar pulangan yang maksimum apabila berhadapan dengan satu tingkat risiko tertentu. |
general motion | gerakan umum | Sains Sukan | Biomekanik | Gerakan yang terhasil daripada kombinasi gerakan linear dan gerakan bersudut. Contohnya, semasa aktiviti berbasikal, aksi kayuhan melibatkan gerakan bersudut, manakala gerakan keseluruhan jasad (individu dan basikal) merupakan gerakan linear. Kebanyakan pergerakan dalam sukan melibatkan gerakan umum. |
hybridization | pengacukan | Kesusasteraan | Tiada | Adunan dua suara dalam suara pertuturan (atau sesuatu ayat) yang melibatkan kombinasi suara narator dengan suara watak. Adunan biasanya ditemui dalam karya naratif. Adunan ini dilakukan tanpa memperlihatkan secara jelas suara-suara yang terlibat. Contoh, �hidup mati susah senang di tangan Tuhan� dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Kadangkala pengacukan ini digunakan bagi menimbulkan kesan ironi untuk mengkritik masyarakat. Penggunaan pengacukan turut diketengahkan oleh Bakhtin (1930) dalam kajian beliau mengenai jenis-jenis heteroglossia. Lihat juga ironi. |
protein coding gene | gen pengekodan protein | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Gen yang mengekodkan protein, terdiri daripada kombinasi tiga jujukan bes asid nukleik (bes Adenina, bes Sitosina, bes Guanina, bes Timina), yang dikenali sebagai kodon. |
password exhaustion attack | serangan kepupusan kata laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan yang dilakukan untuk meneka semua kombinasi perkataan atau huruf yang digunakan sebagai kata laluan. Fail yang mengandungi kata laluan tersulit yang biasanya disalin dari tempat asal dan serangan dilakukan di luar talian dengan menggunakan perkakasan berkuasa tinggi. Serangan ini tergolong dalam jenis serangan hentam kromo. |
non protein coding gen | gen pengekodan bukan protein | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Gen yang mengekodkan RNA, terdiri daripada kombinasi tiga jujukan bes asid nukleik (bes Adenina, bes Sitosina, bes Guanina, bes Urasil) yang dikenali sebagai kodon. |
diallel | dialel | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kehadiran dua alel pada satu lokus kromosom. Kacukan induk dialel akan menghasilkan semua kemungkinan kombinasi hibrid. |
combined loading | pembebanan gabungan | Sains Sukan | Biomekanik | Gabungan tindakan daya yang menghasilkan mampatan paksi, tegangan paksi, pembengkokan, kilasan atau mana-mana kombinasi daya ini terhadap sesuatu jasad. |