commercial audience | khalayak komersial | Komunikasi | Korporat | Sekumpulan khalayak yang secara fizikalnya menonton televisyen atau mendengar radio semasa siaran komersial. Kumpulan khalayak ini dilihat sebagai khalayak komersial kerana mereka mendengar atau menonton siaran iklan, sebelum, semasa, atau selepas rancangan disiarkan. Khalayak komersial biasanya terbentuk pada tahap maksimum semasa masa perdana di stesen penyiaran. Contohnya, antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam. Nilai masa ini dijual lebih mahal berbanding nilai masa lain seperti selepas pukul 10.00 malam. Khalayak komersial biasanya mempunyai kuasa beli dan kuasa buat keputusan yang tinggi. Mereka biasanya terdiri daripada golongan ibu bapa, penjaga, atau kelompok individu yang mempunyai nilai kuasa beli yang tinggi. |
commercial farms | ladang komersial | Pertanian | Agroteknologi | Ladang yang diusahakan secara persyarikatan bagi tujuan menjana pendapatan. Keadaan ini berbeza dengan ladang sara diri yang menghasilkan makanan hanya untuk keperluan sendiri. Ladang komersial biasanya menggunakan tanaman yang bernilai tinggi dan menguntungkan. Matlamat penghasilan ladang komersial adalah untuk mendapatkan pendapatan maksimum dengan modal yang munasabah. Biasanya, hasil ladang komersial akan dipasarkan melalui rangkaian pemasaran. Saiz untuk ladang komersial biasanya ialah melebihi 20 hektar. |
commercial | komersial | Komunikasi | Korporat | Aktiviti yang berkait dengan usaha untuk memperdagangkan barangan dan perkhidmatan. Pengiklanan merupakan salah satu daripada usaha tersebut. Setiap bahan yang diiklankan akan dikenakan bayaran mengikut jumlah masa yang digunakan. Konsep komersial pada asalnya dikaitkan dengan setiap proses aktiviti penyiaran iklan yang perlu dikenakan bayaran. Selain itu, komersial dihubungkaitkan dengan usaha pemasaran barangan atau perkhidmatan dari syarikat atau organisasi swasta. Konsep komersial juga selalu dikaitkan dengan stesen penyiaran swasta yang berusaha untuk mendapatkan keuntungan dengan menjual ruang masa siaran. Lihat juga iklan. |
commercial deposit | endapan komersial | Kejuruteraan | Tiada | Tumpukan petroleum yang bernilai komersial. |
commercial diet | diet komersial | Veterinar | Tiada | Makanan yang dihasilkan secara komersial dan dihasilkan pada kuantiti yang banyak serta menepati spesifikasi tertentu dari segi kandungan tenaga, protein, mineral dan vitamin. Makanan yang dihasilkan terdapat dalam pelbagai bentuk seperti serbuk, peroian, pelet atau kiub. |
commercial production | pengeluaran komersial | Kejuruteraan | Tiada | Penghasilan minyak dan/atau gas yang bernilai komersial. |
non-commercial breeding | pembiakbaikan tak komersial | Perhutanan | Tiada | Pembiakbaikan pokok yang dibuat bukan untuk tujuan komersial. |
non-commercial breeding | pembiakbaikan tak komersial | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Pembiakbaikan pokok yang dibuat bukan untuk tujuan komersial. |
non-commercial forest land | tanah hutan tak komersial | Perhutanan | Tiada | Hutan yang tidak mampu mengeluarkan balak secara komersial atau tidak digunakan untuk pengeluaran balak. |
non-commercial forest land | tanah hutan tak komersial | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Hutan yang tidak mampu mengeluarkan balak secara komersial atau tidak digunakan untuk pengeluaran balak. |