return commission | komisen pulangan | insurans | Tiada | Komisen yang dibayar balik oleh ejen sekiranya polisi dibatalkan sebelum tarikh tamat polisi tersebut. Keadaan ini wujud kerana komisen adalah berdasarkan kepada premium tahunan, dan sekiranya polisi dibatalkan sebelum premium diperolehi sepenuhnya, bahagian prorata komisen akan dikembalikan. |
unlevel commission system | sistem komisen tidak paras | insurans | Tiada | Sistem bayaran komisen tahun pertama adalah lebih tinggi daripada komisen tahun seterusnya. |
overriding commission | komisen overiding | insurans | Tiada | 1. Komisen yang diterima oleh ejen atau broker ke atas urus niaga yang dibuat oleh subejen dalam kawasan pengantara tersebut. 2. Elaun yang dibayar kepada syarikat mengesid yang melebihi kos terperoleh untuk membiayai belanja asas, selalunya termasuk keuntungan. |
flat commission | komisen rata | insurans | Tiada | Skel komisen standard yang dibayar kepada ejen tanpa diambil kira jenis pendedahan atau polisi. |
sliding scale commission | komisen skel lincir | insurans | Tiada | Penyelarasan komisen sebenar yang dibayar oleh reinsurer kepada syarikat mengesid yang berubah secara songsang dengan nisbah kerugian, tertakluk kepada maksimum dan minimum. |
level commission system | sistem komisen paras | insurans | Tiada | Pembayaran komisen berdasarkan peratusan yang sama daripada premium untuk tahun pertama dan seterusnya |
agent's commission | komisen ejen | insurans | Tiada | Bayaran kepada ejen kerana menjual insurans. Komisen yang dibayar biasanya dalam bentuk peratusan daripada premium untuk sesuatu polisi. |
commission agent report | laporan ejen komisen | Pelancongan | Tiada | Maklumat yang disediakan oleh pemborong untuk pengagihan komisen. |
profit and commission insurance | insurans untung dan komisen | insurans | Tiada | Insurans untuk jurujual atau ejen penjual yang pendapatan mereka terikat dengan keuntungan atau komisen pada harta tertentu. Jurujual atau ejen yang boleh diinsuranskan daripada kerugian pendapatan disebabkan kemusnahan harta tertentu. |
agency commission | komisen agensi | Pelancongan | Tiada | Wang upah yang diberikan oleh syarikat penerbangan, hotel, pusat tarikan pelancong atau pemborong lancong kepada agensi pelancongan. |