Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mi.ted] | کوميتد

Definisi : mempunyai atau menunjukkan ko­mitmen (terhadap sesuatu): individu atau kumpulan ini merupakan penagih keuntungan yg kurang ~ terhadap tanggungjawab sosial; Asas 50, sebuah pertubuhan penulis yg ~ kpd gagasan Seni utk Masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komited


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
statesmannegarawanSains PolitikPolitik PerbandinganSeorang yang begitu komited dan terlibat aktif dalam pemerintahan dan pentadbiran negaranya. Orientasi politik beliau bersifat terbuka dan tidak terikat kepada sokongan parti atau individu tertentu. Beliau sangat sensitif dan mengambil berat akan hala tuju negara dan sentiasa berusaha mempengaruhi sebarang dasar yang digubal serta memastikan pelaksanaannya. Contohnya, Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang negarawan yang berusaha gigih dalam membangunkan Malaysia.
loyal oppositionpembangkang setiaSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan seseorang atau organisasi yang berkhidmat sebagai pembangkang kepada kerajaan atau sesuatu parti, berasaskan kepada nilai-nilai demokrasi yang telah ditetapkan dalam perlembagaan. Pendirian ini berpegang kepada betapa pentingnya kedudukan pembangkang dalam memeriksa perjalanan kerajaan atau mungkin juga kerana faktor peribadi seperti pernah ditewaskan dalam pilihan raya sebelum ini. Pembangkang setia ini menjalankan tugasnya dengan baik dan komited serta dikenali dalam negaranya dengan imej pembangkang. Contoh pembangkang setia ialah Lim Kit Siang dan DAP di Malaysia.

Kembali ke atas