kompang | kompang | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang berasal dari Timur Tengah diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Kompang diperbuat daripada kayu berbingkai dan mempunyai satu muka kulit. Permukaan kulitnya dipasang pada baluh dengan paku logam. Alat muzik ini dipegang dengan sebelah tapak tangan sementara tapak tangan yang sebelah lagi digunakan untuk memukul. Kompang dimainkan dalam ensembel secara bertingkah-tingkah untuk mengiringi nyanyian, perarakan dan pelbagai perayaan dalam masyarakat Melayu. Kompang dikenali sebagai rebana di Indonesia dan duff di Timur Tengah. |
kompang (Mal) | kompang | Kesenian | Tiada | Alat membranofon berbingkai yang mempunyai satu muka. |
rebana kerincing (Mal) | rebana kerincing | Kesenian | Tiada | Gendang satu muka berbentuk seperti kompang yang terdapat di Johor. |
peningkah | peningkah | Muzik | Tiada | Corak rentak yang dimainkan oleh ketua pasukan kompang. Pemain peningkah memulakan dan menamatkan sesebuah lagu kompang serta bermain secara meningkah dengan bahagian melalu. Sinonim menyelang, menyilang. Lihat juga melalu. |
secondary storage | storan sekunder | Pendidikan | Tiada | Storan tambahan bagi storan utama komputer, misalnya pita magnet, cakera magnet atau kompang magnet. Storan sekunder menyimpan lebih banyak data tetapi masa capaiannya lebih perlahan daripada storan utama. |
mass storage device | peranti storan massa | Teknologi Maklumat | Tiada | Peranti dengan muatan storan yang besar, misalnya cakera magnet dan kompang magnet. |
secondary storage | storan sekunder | Teknologi Maklumat | Tiada | Storan tambahan bagi storan utama komputer, misalnya pita magnet, cakera magnet atau kompang magnet. Storan sekunder menyimpan lebih banyak data tetapi masa capaiannya lebih perlahan daripada storan utama. |
melalu | melalu | Muzik | Tiada | Pukulan dasar atau rentak asas dalam sebuah lagu kompang. Pemain rentak melalu atau pembolong memainkan rentak tersendiri secara bersama-sama. Sinonim menalu, pembolong. |
penyelang | penyelang | Muzik | Tiada | Corak rentak yang dimainkan untuk menambah pukulan antara kumpulan melalu dengan kumpulan peningkah dalam sesebuah lagu kompang. Sinonim menganak, melanak. Lihat juga melalu. |
irama Malaysia | irama Malaysia | Muzik | Tiada | Genre muzik pop Melayu yang mencantumkan idiom pop Anglo-Amerika dengan elemen muzik Malaysia seperti rentak asli, inang, zapin dan masri. Genre muzik ini menggunakan alat tradisional seperti rebana, kompang, tabla, gambus, suling dan gendang. Contohnya, lagu Hijau oleh Zainal Abidin, Cindai oleh Siti Nurhaliza, dan Dikir Puteri oleh Noraniza Idris. Lihat juga muzik popular, world music. |