composer entry | entri komposer | Perpustakaan | Tiada | Entri utama atau mungkin entri tambahan bagi komposisi muzik yang diletak di bawah nama komposer sebagai tajuk di dalam katalog. |
Roman School | Roman (kumpulan) | Muzik | Tiada | Sekumpulan komposer yang wujud pada akhir abad ke-16 dan permulaan abad ke-17 yang mengekalkan gaya muzik Palestrina (1525-1594). Komposer kumpulan Roman ini mengutamakan muzik liturgi seperti missa dan motetus, dan mengelak daripada bentuk dan genre Zaman Barok, seperti sonata dan konserto. Komposer utama seperti Nanino (1545 -1607) dan Lotti (1667-1740). |
Flemish School | Flemish (kumpulan) | Muzik | Tiada | Generasi komposer kumpulan Netherlands kedua pada Zaman Pembaharuan. Komposer utama antaranya terdiri daripada Ockeghem (lebih kurang tahun 1420-1497), Obrecht (lebih kurang tahun (1457/1458-1505), Heinrich Isac (lebih kurang tahun 1450-1517), Josquin Des Prés (lebih kurang tahun 1450-1521) dan Willaert (lebih kurang tahun 1490-1562). Karya komposer kumputan Flemish bertekstur polifoni tiruan, iaitu tekstur yang berdasarkan baris melodi yang meniru antara satu dengan yang lain. Bentuk utama antaranya ialah motetus, missa, chanson, madrigal dan lied. Kumpulan Netherlands terdiri daripada kumpulan Burgundi dan kumpulan Flemish. Lihat Franco-Flemish |
composer | pencipta; penggubah/komposer | Kesenian | Tiada | Penggubah yang menghasilkan gubahan melodi yang lengkap. |
composer | pencipta; penggubah/komposer | Komunikasi | Tiada | Tiada |
composer | pencipta; penggubah/komposer | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
Renaissance | Zaman Pembaharuan | Muzik | Tiada | Zaman gaya muzik antara tahun 1450-1600. Karya vokal seperti missa, motetus dan madrigal yang bertekstur polifoni merupakan genre muzik utama pada zaman ini. Komposer utama adalah seperti Dufay (sekitar tahun 1397-1474), Ockeghem (sekitar tahun 1420-1497), Josquin Des Pres (sekitar tahun 1450-1521) dan Willaert (sekitar tahun 1490-1562) daripada Kumpulan Netherlands. Zaman ini juga merupakan era kegemilangan karya madrigal. Komposer madrigal utama adalah seperti Monteverdi (1567-1643), Marenzio (1553/1554-1599) dan Gesualdo (sekitar tahun 1561-1613). Muzik keyboard oleh komposer virginal Inggeris merupakan muzik instrumental yang penting. |
art music | muzik seni | Muzik | Tiada | Muzik yang dicipta oleh komposer tertentu dan berasaskan idiom serta teknik karya muzik klasik Barat pada abad ke-20. Muzik seni ini menggabungkan ciri, konsep dan alat muzik Barat serta bukan Barat. Di Malaysia, muzik seni mengikut sistem notasi Barat dan dimulakan oleh pemain muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1960-an dan tahun 1970-an seperti Alfonso Soliano, Gus Steyn dan Johari Salleh. Sinonim muzik seriosa. |
Mannheim School | Mannheim | Muzik | Tiada | Sekumpulan komposer Jerman yang aktif di Mannheim pada pertengahan abad ke-18. Mereka bertanggungjawab bagi perkembangan genre simfoni pada awal Zaman Klasik. Gaya muzik kumpulan Mannheim mementingkan tekstur homofoni. Mereka memperkenalkan dinamik crescendo, diminuendo dan teknik tremolo. Basso continuo digantikan dengan bes bertulis. Komposer utama ialah Johann Stamitz (1717-1757), F.X. Richter (1709-1789) dan Christian Cannabich (1731-1798). |
short score | skor ringkas | Muzik | Tiada | Skor yang hanya menunjukkan idea muzik komposer secara kasar tidak termasuk butiran yang terperinci. |