Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : persetujuan atau penyelesaian yg berdasarkan tolak ansur atau jalan tengah (antara dua tuntutan yg bertentangan): penyelesaian itu merupakan satu ~ antara pihak majikan dan kesatuan pekerja; berkompromi bersetuju atau mencapai persetujuan (kesepakatan dsb) dgn cara ber­tolak ansur (dlm pertikaian dll): pertikaian itu tidak dapat diselesaikan kerana kedua-dua pihak enggan ~; mengkompromikan menyatakan persetu­juan atau kesepakatan dgn unsur lain sehingga mencemarkan prinsip, pegangan hidup: penganut agama Islam dilarang ~ prinsip hidup mereka dgn mana-mana fahaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kompromi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan persetujuan, penyelesaian, persepakatan, tolak ansur;,
Kata Terbitan : berkompromi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diplomatic compromisekompromi diplomatikSains PolitikTiadaTiada
diplomatic compromisekompromi diplomatikUndang-undangTiadaTiada
compromised health copingpengendalian kesihatan kompromiPerubatanTiadaPenyesuaian kesihatan yang dilakukan akibat kekurangan sokongan kesihatan untuk menangani cabaran kesihatan.
koinekoineSosiolinguistikTiadaDialek yang dijadikan bahasa standard hasil daripada kompromi di kalangan beberapa dialek bagi bahasa tersebut. Contohnya dialek Mandarin.
extremistpelampauSejarahTiadaOrang yang mendukung fahaman radikal dan tidak kenal kompromi.
Hurwicz criterionkriteria HurwiczPentadbiranTiadaKaedah dalam masalah analisis keputusan yang merupakan kompromi di antara keadaan yang optimistik dan pesimistik.
heuristic routinglaluan heuristikKejuruteraanTiadaKaedah untuk menentukan laluan pemungutan sampah sarap, yang merupakan kompromi antara pendekatan rambang dan kaedah berkomputer.
bargaining theoryteori tawar-menawarSains PolitikTiadaTeori perhubungan dan politik antarabangsa tentang tolak-ansur dan kompromi yang berlaku di kalangan negara antarabangsa demi memajukan atau mempertahankan kepentingan nasional masing-masing.
varicella-zoster virus (VZV)virus varisela-zosterAIDSTiadaVirus herpes yang menyebabkan cacar air dan kayap. Penyakit kayap sering berulang dan lebih teruk pada pesakit terimuno-kompromi.
normalnormalSainsHidrometeorologiNilai purata untuk beberapa tahun bagi unsur meteorologi seperti tekanan, suhu, curahan hujan atau jangka waktu sinaran matahari. Nilai meteorologi normal tertakluk pada unsur �ketakpastian� disebabkan oleh perubahan cerapan tahun-ke-tahun; min ralat piawai yang dikira yang berkurangan dengan bertambah panjangnya tempoh yang diambil kira untuk perhitungan purata merupakan suatu pengukuran ketakpastian tersebut. Dalam pemilihan kepanjangan tempoh yang sesuai, suatu kompromi harus diambil, iaitu tempoh itu mestilah cukup panjang supaya ralat piawai min yang dikira menjadi kecil, tetapi tidak terlalu panjang sehingga terdapat risiko bahawa tempoh itu mengandungi kecenderungan sekular yang ketara (perubahan normal) pada cerapan. Pada masa lalu, 30 tahun dianggap suatu kompromi yang wajar dan biasa digunakan untuk mencari normal.
12

Kembali ke atas