Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mu.ni.ti] | کومونيتي

Definisi : 1. kumpulan orang yg tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat (di sesuatu tempat atau negara), orang ramai umumnya; 2. kumpulan individu yg mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepen­tingan, dll) yg serupa: ~ akademik; ~ para ilmuwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.mu.ni.ti] | کومونيتي

Definisi : 1 (keseluruhan) orang yg tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara dsb (di bawah satu pemerintahan); masyarakat keseluruhannya; orang ramai. 2 tempat yg didiami oleh sesuatu masyarakat. 3 kumpulan haiwan dan tumbuh-tumbuhan yg hidup di sesuatu tempat serta saling bergantung dan berhubungan antara satu dgn yg lain. 4 tempat yg didiami oleh haiwan dan tumbuh-tumbuhan tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata komuniti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interpretive communitykomuniti interpretifKesusasteraanTiadaMasyarakat (komuniti) pembaca yang berkongsi konvensi penghayatan sastera. Konvensi ini mempengaruhi dan menentukan bacaan atau tafsiran seseorang ahli masyarakat berkenaan. Dalam konteks ini, respons individu terhadap teks biasanya terikat dengan respons komuniti. Menurut pengasas konsep ini, Stanley Fish, institusi akademi menjadi tonggak konvensi terhadap tafsiran dan analisis teks. Namun, interpretasi daripada komuniti akademik ini tidak semestinya sehaluan. Memandangkan ahli akademik memanfaatkan pelbagai teori, contohnya formalisme, Marxisme, dan pascastrukturalisme, penghayatan kes juga boleh bercanggah mengikut pegangan masing-masing. Hal ini memungkinkan berlakunya tafsiran yang berbeza-beza, sekali gus menghakis atau mencabar konsep komuniti interpretif. Lihat juga teori respons pembaca, ufuk harapan.
biomebiomSains MarinTiadaSuatu komuniti yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis tumbuhan dan haiwan yang mempunyai ciri-ciri atau sifat yang sama bagi persekitaran yang didiami oleh komuniti tersebut. Biom ialah komuniti biologi unik yang terbentuk hasil daripada tindak balas terhadap iklim fizikal yang sama. Contoh ciri-ciri yang sama dimiliki oleh tumbuhan dan haiwan yang mendiami kawasan gurun yang panas dan kering. Biom juga biasanya melibatkan kawasan yang luas dan boleh merentasi benua. Contoh biom adalah seperti biom tundra, biom gurun, biom laut dan biom akuatik.
community empowermentpemerkasaan komunitiPsikologiTiadaProses meningkatkan kesejahteraan dan keadilan sosial dalam sesebuah komuniti, contohnya mengembangkan bakat atau minat anak-anak melalui pelbagai acara dalam komuniti atau pembangunan semula ekonomi masyarakat.
political communitykomuniti politikSains PolitikPolitik PerbandinganSekelompok anggota masyarakat yang dibentuk berasaskan hubungan politik. Hubungan yang mengikat anggota masyarakat ini tidak berasaskan kebudayaan, ekonomi atau sosial. Komuniti ini boleh terdiri daripada satu kelompok minoriti yang sedang bergerak memperjuangkan kemerdekaan dan matlamat tertentu atau merupakan satu komuniti yang berpegang kepada sesuatu ideologi dan semua anggotanya berpegang kuat kepada ideologi tersebut. Contohnya, penduduk China yang lari ke Taiwan selepas Revolusi China merupakan satu komuniti politik yang tidak mahu pemerintahan komunis dan berpegang kepada pemerintahan demokrasi.
solidarityperpaduanSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan rapat atau sepadu dalam sebuah komuniti yang berasaskan objektif, kepentingan atau nilai sepunya. Anggota komuniti berkongsi sentimen yang sama seperti bahasa, agama, dan budaya, sekali gus membentuk hubungan kekitaan yang sangat kuat. Hubungan ini kemudiannya mewujudkan pula perasaan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Dalam komuniti ini, wujud amalan tolong-menolong, gotong-royong dan saling bekerjasama. Perpaduan kebiasaannya lebih kuat dalam masyarakat kecil berbanding dengan masyarakat yang lebih besar. Hal ini kerana masyarakat yang besar mengalami proses industrilisasi, urbanisasi dan modenisasi yang mengutamakan kepentingan individu daripada komuniti.
vertical communitykomuniti menegakSosiologiTiadaKomuniti daripada pelbagai penyewa yang mendiami setiap tingkat berbeza di sesebuah bangunan dan bekerjasama mencapai kesejahteraan bersama.
community spreadperebakan komunitiKesihatan AwamTiadaPenyebaran penyakit berjangkit dalam satu komuniti yang tiada hubungan yang diketahui dengan individu yang dijangkiti atau baru mengembara ke satu kawasan yang mempunyai penyakit kes-kes yang didokumenkan.
gated community/ walled communitykomuniti berpagarUmumTiadaKawasan kediaman atau perumahan dalam komuniti yang mempunyai dinding dan pagar bertutup, dan pintu keluar masuk yang dikawal ketat untuk pejalan kaki, dan kenderaan seperti basikal, dan sebagainya.
self-help housingperumahan bantu diriPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPembangunan perumahan, kemudahan komuniti dan infrastruktur yang melibatkan ahli komuniti dengan atau tanpa bantuan kerajaan atau organisasi.
shorelinegaris pesisirSains MarinTiadaGaris atau kawasan sempadan tempat pertemuan di antara darat dengan laut. Kawasan ini mempunyai komuniti haiwan dan tumbuhan yang tersendiri yang berlainan daripada komuniti di daratan dan lautan.
1234567

Kembali ke atas