protection money | wang lindungan | Sejarah | Tiada | Wang yang dibayar oleh pihak yang dilindungi kepada pihak yang melindunginya biasanya oleh orang ramai kepada kongsi-kongsi gelap. |
mufawadah sharing | perkongsian mufawadah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad perkongsian yang mensyaratkan persamaan dalam sumbangan modal, pembahagian keuntungan, tanggungjawab dan status pihak yang berkongsi. Setiap rakan kongsi menjadi penjamin dan wakil kepada rakan kongsi yang lain dalam hal perniagaan. Hal ini bermakna, urusan perniagaan yang dilakukan oleh salah seorang rakan kongsi dipersetujui oleh rakan kongsi yang lain. Oleh sebab syarat persamaan merangkumi persamaan agama, perkongsian mufawadah tidak sah antara orang Islam dengan yang bukan Islam. Sinonim syarikah mufawadah. |
buy-sell agreement | perjanjian jual beli | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perjanjian yang rakan kongsi sesebuah perniagaan bersetuju bahawa apabila salah seorang rakan kongsi mati atau menarik diri perniagaan, bahagian perniagaannya akan dijual kepada rakan kongsi yang lain. |
hedge fund | dana perlindungan | Ekonomi | Tiada | Dana yang dikumpulkan untuk pelaburan oleh rakan kongsi terhad. Dana ini pula akan diuruskan oleh rakan kongsi umum yang boleh berkongsi keuntungan yang didapati daripada pelaburan rakan kongsi terhad itu. Tidak seperti pelaburan syarikat, dana perlindungan boleh memperoleh leveraj dengan meminjam wang dari bank dan boleh melalui pembelian sekuriti untuk jangka masa pendek. |
joiner | tukang tanggam;penginap kongsi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penginap kongsi: Orang yang menginap bersama penginap lain dalam bilik yang sama. |
entity plan | pelan entiti | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pelan yang menyediakan perjanjian jual beli, iaitu apabila seorang rakan kongsi meninggal dunia, rakan perkongsian akan membeli bahagian si mati untuk dibahagikan kepada rakan kongsi yang masih hidup. Premium dibayar oleh rakan kongsi daripada pendapatan mereka dan nilai tunai insurans diambil kira sebagai aset firma tersebut. |
partnership insurance | insurans perkongsian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans hayat atau kesihatan yang dijual kepada rakan perkongsian, biasanya untuk menjamin perniagaan yang berterusan jika berlaku kematian atau hilang upaya. Salah seorang rakan kongsi akan menginsuranskan hayat rakan kongsi yang lain supaya jika berlaku kematian salah seorang rakan kongsi, prosid insurans akan digunakan untuk membeli bahagian perkongsian rakan kongsi tersebut daripada warisnya. |
quota share retakaful | takaful semula kongsi kuota | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perlindungan takaful yang diserahkan oleh syarikat pengendali takaful kepada syarikat takaful semula melalui akad triti kongsi kuota. Dalam kes ini, risiko takaful akan ditanggung bersama oleh syarikat pengendali takaful dan syarikat takaful semula dengan peratus tertentu yang dipersetujui. Oleh itu, caruman takaful yang diterima daripada peserta dan pampasan yang akan dibayar kepada peserta akan dikongsi mengikut peratusan tersebut. |
shareware | perisian kongsi | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian berlesen yang memberi kebenaran kepada pengguna untuk menggunakannya secara percuma dalam tempoh percubaan tertentu. Perisian percuma lazimnya dimuat turun dari Web atau domain awam. Walaupun percuma, pengguna tidak boleh mengkomersialkan perisian tersebut tanpa kebenaran. Sesetengah perisian kongsi hanya membenarkan fungsi tertentu digunakan, manakala sebahagian lagi hanya boleh digunakan setelah pengguna membeli lesen tersebut. |
diminishing musyarakah | musyarakah mutanaqisah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perkongsian yang melibatkan penurunan milikan satu pihak dan meningkatkan milikan satu pihak yang lain. Pada peringkat awal perkongsian, setiap rakan kongsi bersama-sama menyumbang modal mengikut peratusan tertentu. Kemudian, satu pihak rakan kongsi boleh mengurangkan milikan modalnya dengan menjual kepada pihak lain secara ansuran. Pada akhir perkongsian, semua milikan akan berpindah kepada seorang rakan kongsi sahaja. Sinonim perkongsian menurun. |