Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.sép.tual] | کونسيڤتوال

Definisi : (konséptual) berkaitan dgn (mengenai) konsep, berasaskan konsep: para penonton juga dapat mengkaji persamaan dan perbezaan dlm idea-idea ~ serta gaya olahannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konseptual


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
teori konseptual kata kunciteori konseptual kata kunciKesusasteraanTiadaTeori sastera tempatan yang menganalisis makna teks melalui penggunaan kata-kata dalam karya berdasarkan prinsip kepengaruhan, pemilihan diksi dan kesan penggunaannya terhadap khalayak.
critical theoryteori kritikalSains PolitikPolitik PerbandinganRangkaian teori yang menyediakan alat analisis dan asas etika yang perlu untuk memahami sesuatu fenomena sosial yang terselindung dalam masyarakat. Teori ini memberikan penjelasan konseptual yang mengambil kira pelbagai dimensi politik, ekonomi dan sosial dalam memberikan penjelasan dan penghuraian sesuatu fenomena sosial. Teori kritikal cuba mendedahkan masyarakat kepada fakta yang wujud dan mesti difahami oleh masyarakat berhubung dengan alam sosialnya. Teori ini mempunyai perkaitan idea dengan pemikiran Karl Marx, tetapi kemudiannya telah diubah suai oleh kelompok pemikir dari Sekolah Pemikiran Frankfurt, Jerman pada tahun 1923. Antara tokoh pemikir terulung aliran ini ialah Max Horkheimer (1895- 1973) dan Jurgen Habermas.
referencerujukanKesusasteraanTiadaHubung kait antara entiti linguistik dengan dunia hakiki. Dalam falsafah bahasa dan ilmu semantik, rujukan boleh difahami sebagai hubung kait simbolik antara ungkapan linguistik dengan sesuatu objek yang konkrit atau abstrak yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan atau dirujuk oleh sesuatu kata di dunia nyata diistilahkan sebagai rujukan kata tersebut, contohnya rujukan bagi kata �kucing� ialah haiwan kucing dalam dunia nyata. Rujukan merupakan suatu aspek maksud yang perlu dibandingkan dan dibezakan dengan maksud konseptual atau maksud kognitif sesuatu kata. Maksud konseptual diistilahkan sebagai maksud denotasi yang tiada kaitan dengan dunia nyata tetapi hanya wujud secara abstrak dalam sistem bahasa. Imej mental sesuatu rujukan boleh disamakan dengan apa yang dilambangkan dalam istilah Saussure.

Kembali ke atas