excavation team | kumpulan ekskavasi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kumpulan yang terdiri daripada pengarah lapangan, penyelia petak, pelapor, buruh, juruukur, jurugambar, pelukis pelan, ahli botani, ahli kaji tanah dan konservasi. Ahli kumpulan ini dibentuk untuk melancarkan aktiviti kajian kerana masing-masing mempunyai tugas mengikut tanggungjawab yang diberikan. Rekod daripada setiap ahli kumpulan akan dirujuk untuk tujuan analisis dan laporan akhir. Pengarah lapangan akan menentukan keputusan yang berkaitan dengan penyelidikan dan kerja-kerja teknikal di lapangan. Sinonim kumpulan gali cari. |
archaeologist | ahli arkeologi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Individu yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan arkeologi. Untuk menjadi ahli arkeologi, seseorang itu perlu mendapatkan pendidikan formal dalam bidang arkeologi dan sains sosial. Ahli arkeologi juga bertugas sebagai kurator, ahli konservasi dan ahli pemuliharaan. Pengiktirafan seseorang ahli arkeologi berdasarkan kepakaran dan pengkhususan bidang seperti prasejarah, protosejarah dan sejarah. |