Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.ser.va.tis.me] | کونسرۏاتيسمى

Definisi : faham konservatif yg cende­rung mengamalkan kebiasaan (yg menjadi tradisi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata konservatisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conservativekonservatifSains PolitikPolitik PerbandinganPemikiran, individu, kelompok atau organisasi yang berpegang kepada tradisi dan sukar menerima perubahan. Pendirian ini berusaha mengekalkan sesuatu sebagaimana yang tersedia ada. Pemikiran sebegini disebut sebagai konservatisme, sementara mereka yang mengamalkannya digelar sebagai golongan konservatif. Gerakan politik golongan konservatif mula muncul semenjak abad ke-18 di Eropah sebagai reaksi intelektual terhadap golongan radikal yang berkembang kesan daripada Revolusi Perancis. Dari sudut sosiologi, golongan ini berasal daripada keturunan tuan tanah. Kelompok ini telah berkembang dan mengalami beberapa perubahan struktural dimensi dan persepsi terhadap sesuatu fenomena seperti tidak lagi menolak perubahan secara total tetapi menerima perubahan secara evolusi. Dalam perkembangan politik moden, golongan ini telah muncul sebagai satu kuasa politik yang kuat khususnya di Eropah seperti Parti Kristian Demokrat di Jerman, aliran pemikiran Gaullism di Perancis dan juga Parti Konservatif di Great Britain.
political ideologyideologi politikSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman atau pegangan sesuatu kelompok berasaskan satu sistem pemikiran yang tersusun bagi membina kehidupan yang sejahtera. Fahaman ini mempunyai satu matlamat yang unggul dan kaedah yang terperinci untuk mencapai matlamat tersebut. Ideologi ini mempengaruhi budaya, sistem politik, ekonomi dan pendidikan masyarakat serta turut melahirkan berbagai-bagai program dan perancangan untuk mencapai sesuatu matlamat. Konsep ideologi berasal daripada dua gabungan istilah iaitu idea dan logik atau idea yang logik. Contohnya, demokrasi, sosialisme, komunisme, fasisme dan konservatisme. Sinonim ideologi.

Kembali ke atas