current good manufacturing practice (cGMP) | amalan pengilangan baik terkini (cGMP) | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Sistem terkini jaminan kualiti untuk memastikan produk dihasilkan secara konsisten dan dikawal menurut piawai/piawaian kualiti yang sesuai dengan penggunaannya dan sebagaimana yang ditetapkan oleh spesifikasi produk. |
Good Laboratory Practices (GLP) | Amalan Makmal Baik (GLP) | Herba | Tiada | Garis panduan berkaitan dengan sistem kawalan kualiti dalam pengurusan makmal dan organisasi penyelidikan untuk memastikan data dan maklumat yang dijana adalah konsisten dan boleh dipercayai. Amalan Makmal Baik melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemantauan, perekodan, pelaporan dan pengarkiban bagi sebarang kajian bukan klinikal yang menilai kualiti dan keselamatan bahan dan produk herba. GLP bertujuan untuk menentukan status dan menjamin kualiti, keselamatan dan keberkesanan penggunaan bahan herba. Sinonim GLP. |
science fiction | fiksyen sains | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen khayalan atau fantasi yang mengambil fakta sains, andaian atau hipotesis sebagai dasar cerita. Dalam fiksyen sains, prinsip asas sains yang mendasari alam semesta dipatuhi secara konsisten, walaupun sesetengah daripada fenomena sains yang dipaparkan masih belum ditemui atau belum wujud. Peraturan dan norma yang dipatuhi dalam dunia fantasi fiksyen sains adalah luas, dan tidak semestinya berpandukan pengalaman biasa. Namun, apa yang terjadi dalam penulisan fiksyen sains mestilah mengekalkan prinsip dasar sains. Contohnya, karya Robot karya Asimov dan A Space Odyssey oleh Arthur C, Clarke. Dalam sastera Melayu, contoh fiksyen sains ialah novel Dendam Siber oleh Ahmad Patria Abdullah. Lihat juga fiksyen, fiksyen antisains. |
process validation | pengesahan proses | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Langkah yang melibatkan pengumpulan, analisis dan penilaian data bermula dari fasa reka bentuk proses sehingga pengilangan produk. Pengesahan proses bertujuan untuk menghasilkan produk yang berkualiti secara konsisten. Pengesahan perlu dijalankan ke atas beberapa aspek seperti proses pengilangan, tatacara persampelan, peralatan, kemudahan dan kaedah analisis. |
learning design | reka bentuk pembelajaran | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses sistematik yang digunakan untuk mereka bentuk dan menyediakan bahan kursus pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan secara konsisten dan andal. |
herbal standardization | pemiawaian herba | Herba | Tiada | Kaedah yang menyelaraskan atau menyesuaikan bahan mentah dan sediaan herba kepada suatu kandungan atau kumpulan kandungan bahan yang mempunyai aktiviti terapeutik tertentu sama ada dengan penambahan eksipien atau pencampuran bahan mentah atau sediaan herba tertentu. Kaedah pemiawaian merangkumi analisis organoleptik, spektroskopi, kromatografi, assai dan lain-lain. Pemiawaian membolehkan penentuan secara tepat paras kandungan bahan kimia aktif atau bahan penanda bagi memastikan bahan mentah atau sediaan herba mempunyai kualiti yang konsisten. Contohnya, ekstrak misai kucing dipiawaikan mengandungi 0.02% sinensetin. |