constituent day | hari konstituen/hari juzuk | Matematik | Tiada | Tempoh satu putaran bumi pada paksinya, yang berkait dengan bintang andaian yang menggambarkan satu daripada unsur berkala dalam daya pasang-surut, iaitu lebih kurang sama dengan panjang hari qamari atau hari suria. |
nucleinic acid | asid nukleinik | Kejuruteraan | Tiada | Konstituen nukleus sel yang terbentuk daripada penyatuan asid fosforik, ribos atau deoksiribos, dan keempat-empat bes, iaitu adenin, guanin, sistosin dan urasil atau timin. |
hyphenated technique | teknik bersempang | Herba | Fitokimia | Teknik yang digunakan untuk menganalisis secara kuantitatif dan kualitatif konstituen kimia yang terdapat dalam sesuatu campuran dengan menggunakan kombinasi kaedah pemisahan melalui beberapa kaedah spektroskopi. Pelbagai jenis kombinasi telah digunakan seperti kombinasi kromatografi gas, kromatografi cecair atau elektroforesis kapilari dengan pelbagai alat pengesan seperti spektroskopi jisim, ultraungu, inframerah dan NMR. Contoh singkatan yang digunakan bagi kaedah ini ialah GC-MS, CE-MS, LC-MS, LC-UV-MS dan LC-UV-NMR. |
analytical chemistry | kimia analisi | Kimia | Tiada | Cabang ilmu kimia yang berkaitan dengan pengenalpastian bahan (analisis kualitatif) dan penentuan peratus komposisi campuran atau konstituen sebatian tulen (analaisis kuantitatif). Kaedah yang digunakan dalam kimia analisis termasuk kaedah gravimetri, volumetri, kolorimetri, kromatografi dan sepektroskopi. |
dietary supplement | tambahan diet | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Produk yang diambil dalam bentuk tablet, kapsul, serbuk, atau gel yang mengandungi satu atau lebih sebarang ramuan berikut, iaitu vitamin, mineral, herba, atau bahan botani lain, asid amino, metabolit, konstituen atau ekstrak. |
synergism effect | kesan sinergisme | Herba | Fitokimia | Saling tindak antara dua atau lebih agen atau drug yang menghasilkan kesan kombinasi lebih besar daripada kesan yang diberikan oleh setiap agen. Kesan ini kadangkala digunakan dalam menyediakan ubat kombinasi seperti campuran kodeina dengan asetaminofen atau ibuprofen untuk meningkatkan tindakan kodeina bagi melegakan sakit. Dalam ubatan herba, fenomena kesan sinergisme sering diimplikasikan bagi menerangkan kesan pengubatan sediaan herba, walaupun kesan setiap konstituen dalam sediaan itu tidak mempunyai kesan tinggi seperti yang didakwa. |
mass spectrometry | spektrometri jisim | Herba | Fitokimia | Analisis sebatian atau campuran sebatian dengan menggunakan pemisahan elektromagnetik ke atas ion sebatian tersebut. Sesuatu sampel diruapkan dan kemudian diionkan oleh elektron sama ada sebagai molekul sepenuhnya atau pecahan daripadanya. Zarah bercas dipacukan oleh dorongan elektrik dan kemudian dilalukan melalui medan magnet yang mengubah laluan ion ini daripada mengikuti garis lurus kepada garis lengkung. Oleh sebab sesetengah zarah lebih berat daripada yang lain, kesannya ialah pemisahan zarah bergantung pada nisbah jisim dengan cas. Hentamannya ke atas pengesan menghasilkan spektrum yang daripadanya konstituen molekul dapat ditentukan. Isotop dan bahan yang terdapat dalam campuran yang amaunnya sangat kecil dapat dikenal pasti dengan menggunakan kaedah ini. Spektrometri jisim telah digunakan dengan meluas dalam analisis campuran hidrokarbon petroleum, minyak pati, pelbagai sebatian organik dan pengesanan unsur atau sebatian surih. |