new historicism | persejarahan baru | Kesusasteraan | Tiada | Kajian sastera yang berfahaman bahawa karya sastera yang diberi makna baharu berdasarkan interpretasi dua konteks, iaitu konteks sejarah pengarang dan konteks zaman yang dikritik. |
homonym | homonim | Kesusasteraan | Puisi | Perkataan yang sama dari segi bentuk dan ejaannya, namun apabila digunakan dalam sesuatu baris sesebuah puisi maknanya berbeza. Contohnya, kata bisa dalam konteks racun atau kesan disengat oleh ikan sembilang dengan kata bisa dalam konteks boleh atau dapat. Ataupun kata buku dalam konteks kitab dengan kata buku dalam konteks ruas tebu. |
decontexualised language | bahasa luar konteks | Pendidikan | Tiada | Bahasa yang digunakan untuk merujuk kejadian dahulu atau masa akan datang pada perkara abstrak ataupun perkara-perkara di luar konteks pengucap. |
indeterminacy | ketidaktetapan | Kesusasteraan | Tiada | Ketidakstabilan makna dalam teks sastera. Hal ini berlainan dengan pegangan tradisi lama yang begitu yakin bahawa makna wujud dalam teks dan dijana oleh konteks. Menurut persepsi baharu ini, konteks dianggap sebagai keadaan yang mencipta tekstualiti dan sesuatu yang telah dibuktikan tidak stabil. Oleh itu, konteks tidak boleh digunakan sebagai petunjuk makna yang mutlak dalam sesebuah teks. Istilah ketidaktetapan muncul daripada kritikan pascastruktural. |
historical criticism | kritikan historis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah menganalisis teks dengan melihat sesebuah karya sastera dalam konteks zaman penulisannya. Kaedah ini menstrukturkan kembali iklim pemikiran, ideologi, sistem nilai serta konvensi sosial dan sastera yang menjadi konteks penulis. Kaedah ini bertujuan memungkinkan karya pelbagai zaman menjadi lebih mudah dicapai oleh pembaca moden yang kelak akan lebih menghayati karya tersebut. Tujuan lain adalah untuk melihat karya sebagai artifak sejarah yang mencermintkan ciri-ciri zamannya. Lihat juga historisisme baru. |
deprivation | penafian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan meminggirkan peranan dan hak seseorang atau organisasi dalam sesuatu sistem yang dilakukan sama ada berasaskan motif politik atau ekonomi. Dalam konteks politik, penafian dilakukan untuk menghalang pengaruh seseorang atau kelompok tertentu daripada mencabar dan menyaingi kedudukan atau penguasaan politik golongan pemerintah. Penafian politik boleh wujud dengan menyekat seseorang atau kelompok bertanding dalam pilihan raya atau menghalang penglibatannya dalam aktiviti politik. Tindakan ini boleh dilakukan dengan mengenakan peraturan tertentu, menahan dan memenjarakan individu tersebut. Dalam konteks ekonomi pula, penafian boleh dilakukan dengan mengetatkan syarat perniagaan, mengenakan kuota atau cukai tertentu dan mengehadkan ruang perniagaan sesuatu kelompok. Contohnya, puak Kurdish di Iraq sewaktu rejim Saddam dinafikan hak mereka dalam konteks perwakilan politik. Sinonim perlucutan. |
pragmatic | pragmatik | Kesusasteraan | Tiada | Disiplin pengajian bahasa dan cabang liguistik yang mementingkan penggunaan bahasa dan dalam sesuatu konteks. Disiplin ini cuba mengetengahkan variasi sistematik dalam pemilihan dan pembentukan item liguistik yang didapati daripada ruang sosial. Disiplin ini mula diperkenalkan pada tahun 1930-1940-an apabila ahli falsafah linguistik, Morris dan Peirce mula membicarakan hubung kait petanda dengan pengguna dan penginterpretasi (pentafsir). Sejak tahun 1970-an, pengajian pragmatik mula mengalami pelbagai variasi, khasnya dengan pertumbuhan sosiolinguistik, analisis wacana dan gramatis yang berfungsi. Pengajian teori oleh Searle dan Austin amat penting dalam pertumbuhan disiplin ini. Perbezaan ketara antara pragmatik dengan semantik adalah pragmatik mementingkan penyebutan dan keadaannya lebih mementingkan ayat atau penyampaian. Contohnya, ayat �can you drive a car?� boleh membawa pelbagai maksud mengikut konteks. Pragmatik mementingkan fungsi, niat dan kesan sesuatu ayat, dan akhirnya tahap kepakaran linguistik yang diperlukan untuk setiap situasi sosial. |
experimental plays | drama eksperimental | Kesusasteraan | Tiada | Inovasi drama dalam konteks konsep dan teknik pementasan. |
background | latar | Kesusasteraan | Tiada | Ruang, masa dan situasi yang menjadi konteks kepada sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Ruang merujuk kepada tempat fizikal seperti bilik, kampung dan bandar. Contohnya, Kampung Banggol Derdap dalam Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad. Masa merujuk kepada waktu, musim dan zaman seperti zaman perang dalam novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail. Situasi merujuk kepada keadaan sosial, ekonomi, politik, budaya dan agama. Contohnya, pergolakan politik menjadi latar penulisan novel Anugerah karya Zaharah Nawawi. Latar memainkan peranan penting untuk melahirkan suasana dan mood yang mampu membangkitkan emosi dan kesan mental terhadap penonton. Dalam drama, latar merujuk kepada tirai latar dan peralatan pentas yang digunakan. |
counterpoint | pola berbalik | Kesusasteraan | Tiada | Amalan mensejajarkan unsur-unsur yang berbeza. Dalam konteks kesusasteraan, pola berbalik merujuk kepada teknik mempertemukan watak yang berkontra dengan watak yang seiring dengannya. Pola berbalik ini dipinjam daripada bidang muzik yang mengamalkan gabungan pelbagai melodi lagu. |