antirealistic fiction | fiksyen antirealistik | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen kontemporari yang menolak teknik biasa seperti plot, perkembangan watak, pemaparan latar yang realistik, tetapi menggunakan unsur absurd dan fantasi. Berbeza dengan fiksyen konvensional, fiksyen antirealistik bertujuan memastikan pembaca tidak mengidentifikasikan dirinya secara realistik dengan watak dalam karya tersebut. Fiksyen antirealistik kontemporari bertolak daripada karya pengarang surrealist Perancis dan karya Franz Kafka dan James Jouce pada awal abad ke-20, khususnya berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk memaparkan pemikiran di bawah sedar. Fiksyen antirealistik juga dikenali sebagai surfiksyen. Lihat juga anankronisme, metafiksyen. |
pharmaceutical care | penjagaan farmaseutik | Sains Kesihatan | Tiada | 1. Amalan kontemporari dalam profesion dan kerjaya farmasi. 2. Tanggungjawab penjagaan yang berterusan. |
closed-field composition | komposisi ruang tertutup | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang memperlihatkan batas rujukan yang ditetapkan oleh struktur, strategi dan isinya. Puisi ini berbeza dengan puisi kontemporari yang memperlihatkan batas rujukan yang terbuka. |
religious fiction | fiksyen keagamaan | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen tentang agama, pemimpin atau petugas agama. Contohnya, ulama bagi Islam, paderi bagi Kristian, dan sami bagi agama Buddha. Fiksyen jenis ini terdapat dalam karya Anthony Trollope, atau dalam novel tentang penyelamatan peribadi seperti Siddhartha oleh Herman Hesse. Fiksyen kontemporari kerap kali mempersendakan agama dengan menonjolkan sifat kepura-puraan dan kehalobaan seseorang pemimpin agama. Contohnya novel tok Guru dan novel Ummi dan Abang Syeikhul oleh Shahnon Ahmad. Sesetengah karya fiksyen menangani isu agama secara serius, contohnya novel Khutbah di Atas Bukit oleh Kuntowijoyo. |
black humour | humor pahit | Kesusasteraan | Tiada | Kesan lucu dalam penulisan fiksyen dan drama. Kesan lucu ini terbit daripada keadaan hodoh, murung dan dahsyat yang berkaitan dengan suatu dunia yang mengelirukan dan menggerunkan. Dalam drama, kesan lucu ini bertujuan mengejutkan dan mengelirukan khalayak dan membuatkan mereka ketawa, terutamanya ketika menghadapi kebimbangan, kesengsaraan, dan kematian. Humor pahit merupakan elemen penting dalam teater absurd kerana matlamatnya adalah untuk menyatakan kesia-siaan dan kehampaan dalam kehidupan kontemporari. Lihat juga teater absurd, teater hitam. |
legend | legenda | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan �tanda alam� di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbentuk prosa. Legenda ialah cerita yang dianggap benar oleh masyarakat kerana cerita ini sering dikaitkan dengan sistem kepercayaan setempat. Namun, legenda bersifat lebih profan berbanding mitos. Legenda yang popular ialah legenda keramat seperti �Keramat Lebai Kader�, �Kerama Kubur Panjang�, dan �Mahsuri�. Legenda tokoh diperlihatkan melalui cerita �Mat Salleh�, �Tok Janggut�, �Puteri Saadong�, dan legenda pendosa seperti �Si Tanggang� dan �Malim Kundang�. |
political philosophy | falsafah politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Salah satu bidang utama dalam sains politik selain daripada ekonomi politik, politik antarabangsa, teori politik dan politik perbandingan. Bidang ini membincangkan persoalan tentang pemikiran ahli falsafah politik seperti idea mengenai negara kuasa, pemerintahan, keadilan dan kebebasan. Bidang ini banyak berkembang di Eropah dan terdapat juga di negara timur dan timur tengah. Ahli falsafah politik yang terkenal di negara timur seperti Kung Fu Tze dan di timur tengah seperti Ibnu Khaldun. Selain pembahagian berasaskan tempat asal, perkembangan falsafah ini juga sering dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti zaman negara kota Athens, zaman Sebelum Masihi, zaman Selepas Masihi, zaman kebangkitan, zaman pencerahan dan zaman kontemporari. Tahap yang berbeza ini membayangkan pemikiran yang berbeza. |