Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.tro.ver.si] | کونتروۏرسي

Definisi : perselisihan atau pertelingkahan pendapat dsb yg biasanya berlarutan dan agak meluas di antara golongan (pihak dll) yg berlainan pendirian (pendapat, fahaman, dsb); mengkontroversikan menyebabkan menjadi kontroversi: jangan cuba ~ isu-isu kecil itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kontroversi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
attitudinal testujian sikapPendidikanTiadaUjian yang mengukur set atau pola kecenderungan mental dan emosi seseorang atau kumpulan berkaitan dengan pertimbangan isu-isu kontroversi dan penilaian peribadi.
regimerejimSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan atau pengurusan yang mempunyai bentuk pemerintahan yang signifikan atau dikenali umum. Konsep rejim ini terhasil ekoran daripada sebuah pemerintahan yang panjang atau dikuasai oleh pemimpin yang istimewa, kontroversi atau terkenal. Rejim turut melambangkan satu jangka waktu pemerintahan seperti rejim Soeharto pada dekad 1970-an dan 1980-an di Indonesia. Pemerintahan ini juga boleh bersifat demokratik atau autoritarian. Walaupun begitu, penggunaan istilah rejim lebih cenderung menonjolkan sifat negatif dalam pemerintahan.
proxyproksiSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu, kelompok atau negara yang melaksanakan tugas bagi pihak lain. Proksi bertindak sebagai topeng terhadap penglibatan langsung pihak sebenar untuk mengaburi mata orang ramai seolah-olah pihak tersebut tidak terlibat dengan sesuatu perkara yang menimbulkan kontroversi. Contohnya, Amerika Syarikat dan Soviet Union sering terlibat dalam perang proksi semasa era perang dingin seperti yang berlaku dalam perang Vietnam apabila Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan manakala Soviet Union membantu Vietnam Utara.

Kembali ke atas