corporate appraisal | pentaksiran korporat/ penilaian korporat | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
corporate state | negara korporat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang dibentuk melalui tiga rangkaian hubungan iaitu kelompok pemerintah, korporat dan pemodal. Kelompok korporat memainkan peranan sebagai penghubung di antara pemerintah dengan pemodal. Dalam rangkaian hubungan ini, ketiga-tiga kelompok tersebut boleh terdiri daripada orang yang sama bagi mengisi jawatan pemerintah, korporat dan juga pemodal atau orang yang berbeza tetapi mempunyai hubungan yang sangat rapat khususnya dalam proses pembentukan dasar dan hala tuju program negara. Konsep negara korporat ini mula digunakan secara saintifik oleh Emile Durkheim pada awal abad ke-20 bagi merujuk kepada kesatuan yang berpengaruh dalam menentukan proses pembentukan dasar sesebuah negara. Contoh negara korporat ialah Itali sewaktu di bawah penguasaan golongan Fasis sekitar tahun 1930-an dan tahun 1940-an. |
corporate crime | jenayah korporat | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang dilakukan oleh badan korporat seperti entiti perniagaan atau individu yang mewakili organisasi tersebut. Contohnya, penyelewengan wang, penyelewengan kuasa, pengelakan cukai dan rasuah. |
corporate corruption | rasuah korporat | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan memberi atau menerima rasuah oleh badan korporat seperti entiti perniagaan atau individu yang mewakili organisasi tersebut. Contohnya, pengurus syarikat yang menerima habuan daripada individu tertentu, bertujuan untuk mendapatkan manfaat atau kepentingan secara tidak adil. |
corporate security | keselamatan korporat | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Keadaan keselamatan atau langkah-langkah keselamatan yang diamalkan dalam sektor korporat bagi tujuan pencegahan jenayah. Contohnya, perlindungan terhadap aset, maklumat dan data perniagaan daripada dicerobohi dan dicuri. |
corporate tax | cukai korporat | Ekonomi | Tiada | Lihat cukai syarikat. |
corporate family | keluarga korporat | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
corporate event | acara korporat | Pelancongan | Tiada | Acara yang dianjurkan oleh organisasi untuk tujuan tertentu, seperti mempromosikan produk, meraikan kejayaan atau menyambut ulang tahun syarikat. |
corporate raider | penyerang korporat | Pentadbiran | Tiada | Orang yang mengambil alih syarikat lain dengan cara agresif. |
corporate planning | perancangan korporat | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |