appropriation cost | kos peruntukan; kos pengambilan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
portion cost | kos catuan | Pelancongan | Tiada | Kos yang telah dibahagi-bahagikan daripada kos keseluruhan sesuatu pakej pelancongan. |
cost benefit analysis | analisis kos-faedah | Ekonomi | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk menilai keberuntungan sesuatu projek. Analisis ini melibatkan penilaian terhadap faedah sesuatu projek berbanding dengan kos pelaksanaannya. Analisis kos faedah melibatkan lima langkah, iaitu: i) Mengenal pasti semua kesan projek seperti perubahan tingkat output harga, pendapatan, dan persekitaran; ii) Membuat anggaran kuantitatif terhadap kesan tersebut; iii) Memberi nilai wang kepada kesan tersebut; iv) Menjumlahkan kesan-kesan tersebut mengikut masa melalui suatu pendekatan yang mendiskaunkan faedah dan kos masa depan; dan v) Menentukan kepekaan hasil kajian terhadap perubahan nilai pemboleh ubah dan parameter. |
pure burning cost | kos hangus tulen | insurans | Tiada | Kos tuntutan di bawah insurans kumpulan atau reinsurans yang digunakan untuk mendapatkan nisbah tertentu. Di U.K. untuk insurans kebakaran, nisbah tersebut mungkin kos tuntutan dibahagi dengan premium atau jumlah diinsuranskan. Dalam reinsurans pula nisbah tersebut adalah kerugian reinsurans tertanggung dibahagi dengan premium syarikat mengesid. Penggunaan istilah ini tidak terbatas pada insurans kebakaran sahaja. |
alternative | alternatif | Ekonomi | Tiada | Pilihan terhadap berbagai-bagai kegunaan sumber yang terhad. Alternatif melibatkan kos melepas atau kos alternatif. Ini berlaku kerana sumber atau faktor pengeluaran terhad. Lihat juga kos melepas, peruntukan sumber. |
transaction cost | kos pindah milik;kos urus niaga | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
amortized cost | kos terlunas | insurans | Tiada | Kos yang diambil kira secara ansuran dalam tempoh yang tertentu. |
marginal analysis | analisis sut | Ekonomi | Tiada | Kaedah menganalisis kesan perubahan kecil pemboleh ubah ekonomi. Misalnya, analisis sut dalam teori firma membincangkan kesan tambahan satu unit output terhadap tambahan dalam jumlah kos dan jumlah hasil. Mengikut analisis sut, keseimbangan firma dicapai apabila tambahan dalam jumlah kos sama dengan tambahan dalam jumlah hasil yang diakibatkan oleh pertambahan satu unit output. Tambahan dalam jumlah kos disebut kos sut, dan tambahan dalam jumlah hasil disebut hasil sut. Analisis sut juga digunakan teori firma, teori agihan sumber, teori penentuan keseimbangan pasaran dan teori keseimbangan umum ekonomi. Sinonim analisis marginal. |
cost analysis | analisis kos | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Analisis untuk menentukan kos dan pulangan bagi sesuatu projek dalam jangka waktu tertentu. |
replacement cost insurance | insurans kos penggantian | insurans | Tiada | Insurans yang memperuntukkan bahawa insured akan dibayar kos gantian harta yang rosak tanpa menolak susut nilai. |