oral vocabulary | kosa kata lisan | Pendidikan | Tiada | Tiada |
written vocabulary | perbendaharaan kata bertulis/kosa kata bertulis | Pendidikan | Tiada | Tiada |
jargon | jargon | Sosiolinguistik | Tiada | Kosa kata khusus yang selalunya melambangkan bidang atau kumpulan yang diwakili. |
slang | slanga | Kesusasteraan | Tiada | Ragam bahasa informal yang dicirikan oleh kosa kata yang cepat berubah kerana ciptaan baru yang saling berganti. |
language area | kawasan bahasa | Sosiolinguistik | Tiada | Kawasan yang penuturnya menggunakan kosa kata yang berbeza dalam tempoh yang berbeza dan kumpulan strata sosial yang berbeza. |
dialect | dialek | Linguistik | Tiada | Kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa, dan kosa kata daripada bahasa baku. Antaranya termasuk dialek kawasan dan dialek sosial. |
archaism | kekunoan | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan atau ungkapan usang yang kini tidak lagi menjadi unsur kosa kata. |
dialect atlas | atlas dialek | Linguistik | Tiada | Himpunan peta dan carta yang menunjukkan penyebaran ciri sebutan, tatabahasa, dan kosa kata sesuatu bahasa atau dialek, atau kedua-duanya berdasarkan kawasan yang dikaji. |
dialectal Malay | bahasa Melayu dialek | Linguistik | Tiada | Kelainan bahasa Melayu berdasarkan kawasan yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa dan kosa kata, berbanding dengan bahasa Melayu baku. Contohnya, bahasa Melayu dialek Kelantan dan Kedah. |
standardisation | penstandardan/pembakuan | Sosiolinguistik | Tiada | Penerimaan satu bentuk yang dijadikan pegangan secara rasmi dari segi bahasa, iaitu sebutan, tatabahasa, ejaan, kosa kata dalam kumpulan masyarakat yang pelbagai. |