Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.ta/] | کوتق

Definisi : 1. sj bekas berbentuk segi empat tepat atau segi empat sama, mempunyai tudung, dan biasanya dibuat drpd kadbod, papan, atau logam; 2. bahagian (dlm rumah, sawah, dll) yg bersekat-sekat atau berbentuk empat persegi, petak, ruang empat persegi; ~ fius kotak yg mengandungi fius-fius elektrik, biasanya dipasang pd dinding rumah, bangunan dsb; ~ hitam alat elektronik yg dipasang pd kapal terbang utk mengumpul dan menyimpan maklumat yg berkaitan dgn penerbangan kapal terbang berkenaan; ~ pos (surat) peti surat; ~ segar bekas di dlm peti sejuk tempat menyimpan bahan makanan supaya sentiasa segar; sampan ~ sampan yg bersekat-sekat (ber­petak-petak); berkotak-kotak 1. berpetak-petak, bersekat­-sekat: sawah yg berkotak-kotak; 2. bercorak spt kotak (bergaris empat persegi): memakai kain pelikat ~ putih dgn jalur-jalur merah; mengotakkan membahagikan sesuatu pd beberapa bahagian yg berasingan, memisah­kan, mengasingkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.ta/] | کوتق

Definisi : 1 peti kecil (biasanya dibuat drpd kayu, kadbod) tempat menyimpan sesuatu: ~ mancis; ~ surat (pos) kotak tempat surat; peti surat di pejabat pos dll; ~ semaian kotak yg berbentuk empat segi (biasanya dibuat drpd kayu) tempat menyemai biji benih. 2 bahagian dlm rumah (sawah dll) yg berbentuk empat segi; petak. berkotak 1 berpetak; bersekat (bkn sawah dll). 2 bercorak spt kotak: Kain pelekat itu ~-kotak putih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kotak

Puisi
 

Sampan kotak perahu Cina,
     Sarat bermuat ubi keladi;
Rusa ditembak pelanduk kena,
     Kenapa pula kijang yang mati?


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
positive crankcase ventilationpengalihudaraan kotak engkol positifKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pengalih udara kotak engkol yang menggunakan ruang vakum pancarongga pengambilan untuk menyedut gas dari kotak engkol ke pancarongga pengambilan untuk dibakar. Gas dari kotak engkol terdiri daripada gas tiup pintas dan wap minyak pelincir. Sistem ini juga menghalang udara dari kotak engkol bebas ke atmosfera bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar.
hitboxkotak kenaanKomputerTiadaSejenis kotak dalam bentuk yang tidak terlihat dan digunakan dalam permainan video untuk mengesan perlanggaran masa nyata. Kotak ini biasanya berbentuk segi empat tepat dalam permainan 2D atau kuboid dalam permainan 3D.
crankcase ventilationpengalihudaraan kotak engkolKejuruteraan AutomotifEnjinPeredaran udara melalui kotak engkol semasa enjin sedang beroperasi untuk menyingkirkan air, gas hembus pintas dan pelbagai wap. Proses ini untuk mengelakkan pencairan dan pencemaran minyak pelincir, pembentukan enap cemar dan pertambahan tekanan dalam kotak engkol. Sistem ini mengambil alih peranan pengudara kotak engkol dengan menambah baik peranannya secara mengasingkan kotoran dan enap cemar melalui penapisan.
crankcase breatherpengudara kotak engkolKejuruteraan AutomotifEnjinTiub atau saluran yang membolehkan tekanan kotak engkol yang berlebihan dilepaskan. Sistem ini kemudiannya ditambah baik dengan membentuk sistem pengalihudaraan kotak engkol.
positive crankcase ventilation (PCV)pengalih udara kotak engkol positifKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem pengalih udara kotak engkol yang menggunakan ruang vakum pancarongga pengambilan untuk mengedarkan semula gas dari kotak engkol ke pancarongga pengambilan, untuk dibakar semula dalam kebuk.
crankcase dilutionpencairan dalam kotak engkolKejuruteraan AutomotifEnjinPencairan minyak pelincir oleh bahan api petrol dalam kotak engkol. Keadaan ini disebabkan oleh pemeluwapan gas hembus pintas dalam enjin sejuk yang menyelinap masuk melalui dinding silinder ke dalam kotak engkol. Pencairan menyebabkan minyak pelincir perlu ditukar dari semasa ke semasa seperti yang dijadualkan oleh pengeluar kenderaan.
glove boxkotak simpananKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKotak kecil di bahagian tepi pintu hadapan.
transfer casekotak pindahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKotak penghantaran tambahan yang digunakan untuk mengagih kuasa enjin dan memindahkannya ke kedua-dua pembeza depan dan belakang.
subscription boxkotak langgananPentadbiranTiadaProduk yang dibungkus dengan kotak, yang dihantar kepada pelanggan mengikut jadual secara tetap dan berulang.
manual gear boxkotak gear manualKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem kotak gear yang memerlukan pemandu mengubah kedudukan gear secara manual.
123456

Kembali ke atas