Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kotor;

Peribahasa

Kotor dicuci,
     berabu dijentik.

Bermaksud :

Apa yang tiada baik dan yang buruk hendaklah dibuang atau dilupakan saja.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dirty floatapungan kotorEkonomiTiadaPentadbiran kadar pertukaran yang pada dasarnya membenarkan kadar pertukaran mata wang sesebuah negara terapung atau fleksibel, tetapi pada masa-masa tertentu kerajaan campur tangan untuk mengubah kadar pertukaran untuk mencapai matlamat tertentu. Sebuah negara dikatakan mengamalkan apungan kotor apabila kerajaan negara ini dari semasa ke semasa campur tangan dalam pasaran pertukaran bukan sekadar untuk mengatasi masalah turun naik kadar pertukaran dalam jangka pendek, tetapi untuk tujuan lain, misalnya untuk memastikan mata wang negara tersebut terkurang nilai bagi menggalakkan eksport. Lihat juga apungan terurus.
smear campaignkempen kotorSains PolitikPolitik PerbandinganKempen yang dilakukan untuk memburukkan pihak tertentu dalam satu persaingan politik untuk menjatuhkan pihak lawan. Kempen ini boleh dibuat dalam bentuk cerita negatif mengenai seseorang itu secara lisan, disebar melalui e-mel, surat layang, ceramah atau percakapan dengan orang ramai. Kempen ini juga melibatkan cerita peribadi, keluarga, ketidakupayaan calon, atau khabar angin yang sukar untuk dibuktikan. Contohnya, cerita negatif mengenai kekayaan keluarga Soeharto sering disebarkan untuk menjatuhkan mereka.
polyethylenepolietilenaKesenianHiasan DalamanPlastik tahan kesan kotor dan kalis bahan kimia. Polietilena biasanya digunakan untuk membuat mainan, bekas pembuat ais kiub dan pinggan mangkuk. Polietilena juga mudah lentur dan tahan panas sehingga 37.8 darjah Celsius.
sludgeenap cemarKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaEnapan lekit yang terdiri daripada minyak pelincir kotor, air dan habuk. Enapan ini terbentuk daripada hakisan enjin.
adulterationcampur palsuHerbaTiadaPenambahan sebarang bahan herba yang berkualiti rendah atau tidak tulen, bahan lengai, kotor atau toksik ke dalam bahan mentah atau sediaan herba secara sengaja atau tidak sengaja. Campur palsu juga merangkumi pengeluaran komponen bernilai daripada bahan herba. Contohnya, cengkih yang telah dikeluarkan minyak meruapnya sebagai bahan mentah atau sediaan herba. Tujuan campur palsu ini adalah untuk mendapatkan keuntungan, melakukan penipuan atau menutup kekurangan. Sinonim adulterasi, pemalsuan, penodaan, pelancungan, aduk, pemalsuan mutu, pengodian dan pencemaran mutu.
linear porositykeliangan lelurusTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKehadiran rongga bulatan yang tersusun pada satu garis lurus disebabkan oleh gas yang terperangkap semasa proses pemejalan kimpalan. Kewujudan gas ini disebabkan oleh kehadiran bahan kotor yang asas seperti kelembapan pada permukaan kimpalan, perlindungan yang tidak betul semasa proses kimpalan, atau teknik kimpalan yang tidak sempurna.

Kembali ke atas