fouling | kotoran | Perikanan | Akuakultur | Hidupan atau bahan bukan hidup yang melekat pada permukaan jaring, pelampung dan tali sauh sangkar. Kotoran boleh mengganggu operasi ternakan. |
embeddability | boleh benam | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kemampuan sebuah galas membenarkan sedikit kotoran termendap di bawahnya bagi mengelakkan sebarang calaran pada aci engkol supaya jangka hayat galas lebih lama dan mengurangkan kos penyelenggaraan enjin. |
filter | penapis | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang digunakan untuk menapis kotoran dan benda asing dalam laluan udara, gas atau cecair. |
pre-treatment | prarawatan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Perawatan awal untuk menyingkirkan bahan kotoran, berminyak, dan berasid daripada rangka kereta. |
oil filter | penapis minyak | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang digunakan untuk menapis kotoran minyak enjin. |
flush | pancur | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Membersihkan salur sesuatu sistem menggunakan bahan tertentu untuk menanggalkan kotoran dan bendasing. |
debridement | debridemen | Kejururawatan | Tiada | Pembersihan rapi tisu yang terinfeksi atau tercemar dengan membuangkan tisu mati dan kotoran sehingga tisu kelihatan segar semula. |
air cleaner | turas udara | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang dipasang pada muncung udara untuk menapis kotoran. |
air blow setting room | bilik sembur angin | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bilik untuk membuang habuk, air dan kotoran pada rangka kereta dengan menggunakan semburan angin. |
degreasing storage tank | tangki nyahgris | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tangki yang diisi dengan bahan nyahgris untuk mencuci kotoran atau gris. |