creative director | pengarah kreatif | Komunikasi | Korporat | Jawatan yang diwujudkan dalam industri kandungan kreatif. Antara industri kreatif termasuklah industri penerbitan rancangan untuk penyiaran, perfileman, pengiklanan, penerbitan pentas (seperti teater dan pertunjukan hiburan), dan persembahan sesuatu pameran. Dalam pengiklanan, penjawat jawatan ini mengetuai suatu jabatan yang memberikan perhatian terhadap keperluan kreatif dalam persembahan akhir sesuatu iklan, sama ada iklan cetak, elektronik, atau filem. Individu ini juga bertanggungjawab untuk menjelaskan konsep sesuatu rekaan atau penerbitan iklan kepada pelanggan. Peranan pengarah kreatif adalah menguruskan penghasilan idea, menjelmakan idea dalam bentuk karya kreatif dalam bentuk elektronik dan bercetak, serta memastikan karya memenuhi keperluan pelanggan. Individu tersebut bertanggungjawab untuk menentukan semua unsur kreatif, seperti bentuk, ruang, warna, pergerakan, fon, kontras, bahasa, pemilihan perkataan, dan persembahan keseluruhan. Individu ini bukan sahaja perlu memastikan sesuatu naskhah iklan |
creative concept | konsep kreatif | Komunikasi | Korporat | Idea yang menjadi asas sesuatu penerbitan dan persembahan. Dalam kedua-dua bidang tersebut, konsep ini bukan sahaja berkaitan dengan kandungan tetapi juga proses yang dianggap strategik sehingga memerlukan petugas khusus untuk menguruskan aspek aplikasi kreativiti. Contohnya,dalam bidang pengiklanan, kehebatan sesuatu penerbitan iklan bergantung pada dua perkara utama. Pertama, idea asal yang kreatif serta berbeza daripada yang pernah dihasilkan melalui iklan sebelumnya. Kedua, kemampuan petugas kreatif menginterpretasi idea asal untuk menghasilkan iklan yang kreatif. Oleh sebab terdapatnya penghasilan dan persaingan iklan yang banyak dalam kalangan agensi pengiklanan, maka sesebuah agensi pengiklanan itu perlu berusaha menghasilkan konsep pengiklanan yang kreatif supaya dapat menyaingi kehebatan iklan lain. Sesuatu konsep yang kreatif bukan sahaja boleh membantu meningkatkan prestasi perniagaan pelanggan, tetapi juga berjaya menonjolkan imej positif syarikat atau organisasi dalam kalangan khalayak. |
creative editor | penyunting kreatif | Komunikasi | Tiada | Orang yang melakukan tugas memilih, mengadun dan menyunting karya kreatif berdasarkan skrip dan arahan yang diberi dalam bentuk audio, visual atau cetak. |
boutique agency | agensi butik | Komunikasi | Korporat | Agensi pengiklanan yang memberikan perkhidmatan khusus dalam bidang kreatif. Contoh perkhidmatan yang diberikan adalah memberi dan mengembangkan idea, penulisan naskhah, reka bentuk dan reka letak, penentu warna, lakonan, perawian. Agensi ini juga melaksanakan kerja penyelarasan dan sokongan kreatif untuk agensi pengiklanan yang lebih besar. Walau bagaimanapun, agensi ini tidak terlibat dalam kerja penerbitan (cetak dan audiovisual), pemantauan dan pemasaran, kerja pengurusan ruang penerbitan, dan masa siaran. |
creative | kreatif | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
creative | kreatif | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
creative | kreatif | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Mempunyai kemampuan atau kebolehan mencipta, menghasilkan atau memperkembang sesuatu. |
creative criticism | kritikan kreatif | Kesusasteraan | Tiada | Kritikan yang menghasilkan daya fikiran yang baik. |
creative strategy | strategi kreatif | Komunikasi | Tiada | Tiada |
creative pretesting | prauji kreatif | Komunikasi | Tiada | Tiada |