critical operation | operasi kritikal | Herba | Tiada | Suatu langkah kritikal dalam proses pengeluaran produk herba yang jika tidak dilaksanakan dengan sempurna akan menjejaskan kualiti produk herba. Contohnya, proses pengasingan bahan pencemar dalam bahan mentah yang menjejaskan kualiti hasil akhir produk herba. |
critical theory | teori kritikal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Rangkaian teori yang menyediakan alat analisis dan asas etika yang perlu untuk memahami sesuatu fenomena sosial yang terselindung dalam masyarakat. Teori ini memberikan penjelasan konseptual yang mengambil kira pelbagai dimensi politik, ekonomi dan sosial dalam memberikan penjelasan dan penghuraian sesuatu fenomena sosial. Teori kritikal cuba mendedahkan masyarakat kepada fakta yang wujud dan mesti difahami oleh masyarakat berhubung dengan alam sosialnya. Teori ini mempunyai perkaitan idea dengan pemikiran Karl Marx, tetapi kemudiannya telah diubah suai oleh kelompok pemikir dari Sekolah Pemikiran Frankfurt, Jerman pada tahun 1923. Antara tokoh pemikir terulung aliran ini ialah Max Horkheimer (1895- 1973) dan Jurgen Habermas. |
critical period | tempoh kritikal | Kejururawatan | Tiada | Tempoh masa seseorang menghadapi ancaman kesihatan dan segi fizikal dan psikologi. |
alienation effect | kesan keterasingan | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan khalayak dan pelakon yang perlu mengekalkan jarak kritikal semasa persembahan drama. Khalayak perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuah lakonan semata-mata dan sepatutnya boleh membezakan antara ilusi dengan realiti. Justeru, khalayak seharusnya tidak mengidentifikasikan diri mereka dengan pelakon. Pelakon perlu mengekalkan jarak dengan watak yang dilakonkan agar penonton tidak menyerapkan dirinya ke dalam watak itu. Oleh itu, pelakon menjadi lebih kritis terhadap watak yang dilakonkannya. Hal ini berbeza dengan konsep Dramatic Theatre Aristotle yang membawa penonton ke dunia ilusi. Penonton terlalai sehingga menerima apa yang berlaku di atas pentas sebagai realiti. Kesan keterasingan merupakan unsur penting dalam teori drama Bertolt Brecht. Untuk melahirkan kesan pengasingan ini, Brecht mendedahkan mekanisme pentas dengan menggunakan lagu atau ucapan untuk memisahkan setiap episod dalam persembahannya agar penonton bertindak lebih wajar dan kritikal. Kesan keterasingan ditemui dalam drama Anwar Ridhwan bertajuk Yang Menjelma dan Yang Menghilang. |
terminal illness | penyakit terminal | Perubatan | Psikiatri | Penyakit yang aktif, kritikal dan tidak mempunyai penawar atau tidak dapat dirawat secara menyeluruh dan dijangka akan mengakibatkan kematian. |
taste | cita rasa | Kesusasteraan | Tiada | Pertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat. |
satire | satira | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk sastera yang menggabungkan unsur jenaka dengan unsur kritikal. Bentuk sastera ini memaparkan kebodohan, kelemahan atau kepincangan seseorang individu, golongan dan institusi masyarakat, negara, serta seluruh umat manusia. Satira berbeza dengan komedi biasa dari segi fungsinya. Tujuan satira bukan sekadar untuk menghiburkan, tetapi juga untuk memperbaik dan memperbetul keadaan dengan menggunakan senjata cemuhan, kecaman, dan penghakiman moral. Satira boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut gaya atau objek kritikannya. Satira yang mengkritik secara lembut, bergurau dan berhasrat untuk mendidik dikenali sebagai satira horas. Satira yang menyerang dengan kasar, kejam, penuh kemarahan, dan kecaman dikenali sebagai satira juvenalian. Satira boleh berbentuk puisi atau prosa. Contoh satira berbentuk puisi ditemui dalam karya berjudul Don Juan (1824) oleh penyair Inggeris Byron yang memperolok-olokkan kebodohan gelagat masyarakat kontemporarinya. Contoh satira berbentuk prosa ialah Gulliver�s Travels (1726) oleh Jonathan Swift yang mencemuh keadaan politik di England pada kurun ke-18. |
haplotype inference | pentaabiran haplotip | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Corak pertautan yang spesifik di antara varian nukleotida individu yang memberikan maklumat kritikal dalam memahami asas genetik penyakit manusia. |
cosmetic product recall | panggil balik produk kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Proses menarik balik produk kosmetik yang mempunyai kecacatan kualiti produk yang kritikal atau kesan mudarat yang dilaporkan. Prosedur tarik balik perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Contohnya, penarikan produk kosmetik yang telah dicemari racun berjadual. |
spatial disorientation | penanaran/disorientasi ruang | Aeroangkasa | Tiada | Ketidakupayaan juruterbang untuk menentukan atau mentafsirkan sudut, ketinggian atau kelajuan udara pesawat dengan betul terutamanya dalam keadaan kritikal yang menyukarkan penglihatan seperti pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca buruk. |