brute force attack | serangan hentam kromo | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perbuatan mendapatkan maklumat rahsia seperti kata laluan atau kekunci penyulitan. Contohnya, untuk mendapatkan kata laluan, penyerang akan mencuba setiap aksara alfanumerik. Manakala, untuk mendapatkan kekunci penyulitan penyerang akan mencuba setiap kemungkinan kombinasi bit. Serangan ini lambat-laun pasti mendatangkan kejayaan kerana penyerang telah mencuba semua kemungkinan, tetapi akan mengambil masa yang lama. Serangan ini memerlukan perkakasan khusus yang berkuasa tinggi untuk mempercepat dapatan maklumat. |
password attack | serangan kata laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan penekaan kata laluan dengan cara yang sama seperti serangan hentam kromo. Pengguna hasad melancarkan serangan kata laluan ke atas antara muka log masuk suatu sistem komputer dengan mencuba beberapa kata laluan yang mungkin untuk suatu ID pengguna, atau mencuba beberapa kata laluan asal untuk semua ID pengguna. Serangan ini boleh dilakukan sama ada secara manual atau berbantukan perisian terautomasi. Serangan ini dikesan dengan memerhatikan bilangan kegagalan capaian yang tinggi dalam tempoh yang singkat. |
dictionary attack | serangan kamus | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan yang cuba menggunakan semua frasa atau perkataan dalam kamus untuk merekah kata laluan atau kekunci. Serangan ini menggunakan senarai perkataan yang telah tertakrif terlebih dahulu berbanding serangan hentam kromo yang penyerangnya mencuba kesemua kombinasi yang ada. |
password exhaustion attack | serangan kepupusan kata laluan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan yang dilakukan untuk meneka semua kombinasi perkataan atau huruf yang digunakan sebagai kata laluan. Fail yang mengandungi kata laluan tersulit yang biasanya disalin dari tempat asal dan serangan dilakukan di luar talian dengan menggunakan perkakasan berkuasa tinggi. Serangan ini tergolong dalam jenis serangan hentam kromo. |