Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kro.mo.som] | کروموسوم

Definisi : (Bio) jasad yg membawa gen yg mengandungi DNA dan protein dan terdapat pd nukleus sel; ~ seks kromosom yg menentukan seks sesuatu organisma; ~ -X kromosom seks betina; ~ -Y kromosom seks jantan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kro.mo.som] | کروموسوم

Definisi : ist benda spt benang dlm setiap nukleus sel haiwan atau tumbuh-tumbuhan. ~ seks kromosom yg menentukan jantina seseorang atau sesuatu organisma. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kromosom


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Y chromosomekromosom YPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu daripada pasangan kromosom seks pada mamalia jantan. Satu lagi kromosom ialah kromosom X. Kromosom Y menjadi penentu sama ada terhasilnya anak jantan atau betina.
chromosomal abnormalitykeabnormalan kromosomPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSuatu keadaan apabila terdapat kecacatan pada kromosom disebabkan penambahan bahan genetik, kehilangan sebahagian atau keseluruhan kromosom, atau pembentukan kromosom yang tidak sempurna. Keabnormalan kromosom boleh juga berpunca daripada kecacatan penyusunan bahan genetik pada kromosom. Dua jenis keabnormalan kromosom boleh berlaku semasa meiosis, iaitu aberasi nombor kromosom dan aberasi struktur kromosom. Haiwan yang mempunyai keabnormalan kromosom akan menunjukkan tanda fizikal tertentu seperti kekerdilan pada lembu.
acentric chromosomekromosom asentrikPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSifat kromosom yang tidak memiliki sentromer dan terbentuk apabila dua serpihan kromosom bergabung. Sentromer berfungsi mengikat kromosom untuk pembahagian dan pengekalan kromosom dalam sel. Kromosom asentrik tidak dapat dihubungkan pada gelendong mitosis dan akan hilang pada pembahagian sel yang berikutnya. Kerosakan kromosom boleh disebabkan oleh kerapuhan kromosom, radiasi atau kegagalan semasa proses pembaikan DNA.
X-chromosomekromosom-XKejururawatanTiadaKromosom jantina yang terdapat pada kedua-dua jantina. Perempuan mempunyai dua kromosom-X manakala lelaki satu kromosom-X dan satu kromosom Y.
autosomeautosomPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKromosom yang bukan kromosom seks. Autosom dipaparkan secara berpasangan dan mempunyai ahli yang berbentuk sama, tetapi berbeza daripada pasangan lain dalam sel diploid. Autosom merupakan kromosom bernombor yang mengandungi gen bagi sebarang perkara yang tidak berkait dengan penentuan seks. Contoh, lembu mempunyai 29 pasang autosom yang bernombor daripada 1 hingga 29. Nombor ini menunjukkan saiz autosom. Kromosom 1 merupakan kromosom yang terpanjang dan kromosom 29 merupakan kromosom yang terpendek.
double trisomytrisomi gandaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKeabnormalan pada kromosom. Lazimnya, kromosom tertentu wujud dalam keadaan yang sama. Trisomi ialah keabnormalan yang menunjukkan tiga salinan kromosom dan bukan hanya sepasang. Trisomi ganda ialah keabnormalan apabila individu tersebut mempunyai dua kromosom tertentu yang mengalami trisomi. Trisomi ganda jarang-jarang berlaku pada haiwan.
Y-chromosomekromosom-YKejururawatanTiadaKromosom seks lelaki. Pada lelaki, kromosom-Y berpasangan dengan kromosom-X.
homologous chromosomekromosom homologSains ForensikTiadaKromosom yang berpasangan semasa meiosis. Satu daripada kromosom homolog ini berasal daripada ibu dan satu lagi daripada bapa. Kedua-dua kromosom dalam pasangan ini mempunyai panjang yang sama, lokus yang sama, kedudukan sentromer yang sama dan mempamerkan ciri yang sama. Lokus yang digunakan dalam pengujian DNA forensik berdasarkan ulangan tandem pendek (STR) terletak pada kromosom homolog kecuali penanda amelogenin yang terletak pada kromosom seks.
homologous chromosomekromosom homologSains ForensikTiadaKromosom yang berpasangan semasa meiosis. Satu daripada kromosom homolog ini berasal daripada ibu dan satu lagi daripada bapa. Kedua-dua kromosom dalam pasangan ini mempunyai panjang yang sama, lokus yang sama, kedudukan sentromer yang sama dan mempamerkan ciri yang sama. Lokus yang digunakan dalam pengujian DNA forensik berdasarkan ulangan tandem pendek (STR) terletak pada kromosom homolog kecuali penanda amelogenin yang terletak pada kromosom seks.
dicentric chromosomekromosom disentrikPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSuatu bentuk kromosom yang abnormal dan mempunyai dua sentromer (tempat pelekatan dua kromatid bersaudara). Kromosom disentrik terbentuk hasil daripada pelekatan dua segmen kromosom yang setiap satunya mempunyai sentromer yang mengakibatkan kehilangan bahagian kromosom lain.
1234567

Kembali ke atas