quadrant make-up | mekap kuadran | Komunikasi | Tiada | Penyusunan yang yang dilakukan dengan teliti pada halaman pertama di dalam surat khabar supaya bahagian berita yang penting tidak turut terlipat. |
acute pancreatitis | pankreatitis akut | Perubatan | Tiada | Inflamasi akut pada pankreas yang dicirikan oleh kesakitan pada kuadran atas abdomen yang menembusi ke bahagian belakang. |
floor-plan | pelan lantai | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Proses merekodkan data setelah selesai ekskavasi pada sesuatu petak. Proses ini melibatkan lukisan di dalam petak antaranya susunan akhir kedudukan artifak, susunan fitur, keadaan lantai dan akar pokok. Sekiranya petak ekskavasi melibatkan kaedah kuadran, maka pelan lantai perlu dibezakan antara kedua-duanya. |
quadrant method | kaedah sukuan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah yang digunakan dalam ekskavasi. Contohnya pada petak ekskavasi A3 dengan keluasan sekitar 200 sentimeter x 200 sentimeter tidak akan digali keseluruhannya tetapi hanya melihatkan 100 sentimeter x 100 sentimeter sahaja. Maka kaedah ini dikenali dengan nama kuadran A, B, C atau D (mengikut arah mata angin) petak A3. Kaedah ini juga sesuai digunakan pada petak ekskavasi yang berada di pinggir bukit atau tanah tinggi (permukaan tanah yang tidak rata). |