minority | minoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelompok yang lebih kecil berbanding dengan kelompok lain dalam sesebuah masyarakat. Dalam konteks sosial dan politik, minoriti tidak membawa makna bilangan sahaja tetapi juga kedudukannya yang lebih terpinggir, tidak mendapat keutamaan, tidak berkuasa, dan sering dieksploitasi. Golongan minoriti mempunyai semangat kekitaan dan sentimen yang kuat. Semangat ini dilahirkan sama ada melalui latar budaya, bahasa, agama, adat atau tradisi yang sama. Golongan minoriti juga terbentuk melalui penghijrahan satu kelompok ke negara lain seperti minoriti India di Malaysia atau kesan daripada struktur masyarakat yang sedia majmuk apabila kaum yang kecil saiznya dianggap sebagai minoriti seperti Melayu di Thailand dan Champa di Cambodia. |
territorial integrity | keutuhan wilayah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kawasan atau wilayah yang luas atau berselerak dalam satu negara yang mempunyai semangat kekitaan yang kuat. Pulau yang banyak dan berjauhan atau kawasan pedalaman yang luas tidak mengurangkan interaksi wilayah ini dengan pusat serta kawasan ain. Hal ini, tidak mencabar semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Dalam negara ini, tidak wujud gerakan pemisahan atau usaha menarik keluar sesuatu wilayah dari negara tersebut. Contohnya, wilayah Kanada tetap utuh walaupun ia mempunyai kawasan yang sangat luas dan tersebar serta etnik yang pelbagai . |
political will | kemahuan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Semangat perjuangan yang kental bagi merealisasikan sesuatu cita-cita politik. Kesungguhan politik ini terbentuk apabila individu atau sesebuah organisasi bergerak sepenuh masa, tenaga dan ikhtiar untuk mencapai cita-cita politiknya. Walaupun ia mungkin menghadapi rintangan, sekatan, kesusahan atau cabaran, namun perjuangan yang berterusan tanpa takut dan putus asa telah menunjukkan kesungguhan politik yang kuat. Kesungguhan ini semata-mata kerana matlamat idealisme politiknya dan bukan kerana kepentingan peribadi, keuntungan ekonomi atau jawatan. Contohnya, Mahatma Gandhi memiliki kesungguhan politik yang tulen semasa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan India dan setelah berjaya, beliau tidak mahu menjadi perdana menteri. Sinonim kesungguhan politik. |
guild socialism | faham sosialis perikatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang berkembang di Great Britain yang mencadangkan satu sistem perusahaan sendiri melalui syarikat pekerja. Teori ini diperkenalkan oleh Arthur J. Penty yang mementingkan semangat kerjasama di kalangan pekerja. Melalui fahaman ini, pekerja merupakan golongan yang paling layak mengurus dan memiliki perusahaan tersebut melalui syarikat yang dibentuk. Fungsi pemerintah pula hanya memiliki alat pengeluaran atau kilang dan mentadbir pengurusannya tetapi keuntungan dimiliki oleh syarikat pekerja tersebut. Walau bagaimanapun, syarikat pekerja ini perlu membayar cukai kepada kerajaan. Fahaman ini membidas idea Marx dengan menekankan bahawa pekerja perlu berusaha untuk menguasai perusahaan dan bukan tertumpu kepada reformasi politik . Faham sosialis pernah dilaksanakan pada awal abad ke-20 tetapi tidak dapat bertahan lama. Walaupun begitu, fahaman ini kuat mempengaruhi perkembangan kesatuan sekerja di United Kingdom. Sinonim sosialisme perikatan. |