Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.bis] | کوبيس

Definisi : sj sayur, Brassica spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.bis] | کوبيس

Definisi : nama sj sayur yg mempunyai daun yg berlapis-lapis dan bergumpal menjadi bulat, Brassica spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kubis

Puisi
 

Anak bulan tiada pohon,
     Anak kubis tepi sempadan;
Habis bulan berganti tahun,
     Sudah habis nyawa di badan.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Climatic stressGangguan iklimPertanianTiada

Perkembangan tanaman yang tidak mencapai tahap optimum disebabkan keadaan iklim yang kurang sesuai. Contohnya, tanaman kubis yang memerlukan suhu optimum antara 15°C hingga 25°C, seperti yang terdapat di kawasan tanah tinggi akan menunjukkan gangguan iklim sekiranya ditanam di kawasan tanah rendah yang mempunyai suhu 29°C hingga 33°C. Antara simptom gangguan ini ialah kekurangan kandungan bahan kering yang merendahkan kualiti dan memperlahankan kadar tumbesaran.

free floating planttumbuhan terapung bebasPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan yang mempunyai akar terapung di dalam air dan tidak berada di dalam tanah atau dasar kawasan berair. Tumbuh-tumbuhan ini boleh bergerak bebas di dalam air dan boleh berpindah mengikut arus atau tiupan angin. Contoh tumbuhan terapung bebas ialah keladi bunting, kubis air dan kiambang
infosuriainfosuriaPerikananAkuakulturSejenis zooplankton yang sangat halus dan seni yang terdapat di dalam air tawar. Saiz infosuria yang kecil membuatkannya sesuai untuk dijadikan sebagai makanan anak ikan yang baru menetas dengan saiz pembukaan mulut anak ikan yang kecil seperti anak ikan ketutu. Infosuria diperlukan untuk pembentukan dan memenuhi keperluan nutrisi anak ikan. Infosuria boleh dihasilkan dengan merendam bahan tumbuhan seperti kulit betik atau kubis di dalam bekas berair sehingga mereput. Infosuria juga boleh dilihat dengan mata kasar sebagai benda asing atau serbuk berwarna putih yang berenang secara putaran di atas permukaan air pada waktu pagi.

Kembali ke atas