Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.cing.ku.cing] | کوچيڠ٢

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek) cemperai, cipreh, cimpri, Champereia griffithii; rumput ~ sj tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput talan, tasik-tasik, timba tasik, Adenosma capitatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.cing.ku.cing] | کوچيڠ٢

Definisi : otot di lengan atau di kaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kucing-kucing

Puisi
 

Ambil limau di tepi beting,
     Beting ada di kebun limau;
Kalau rimau gurunya kucing,
     Kenapa kucing takutkan rimau?


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Kucing lalu,
     tikus tiada berdecit lagi.

Bermaksud :

Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wild catkucing liarVeterinarTiadaKucing yang tidak pernah mempunyai hubungan dengan manusia sepanjang hidupnya. Kucing liar masih dijumpai di sebahagian besar dunia tetapi jarang ditemui kerana mereka sangat berhati-hati terhadap manusia. Terdapat pelbagai populasi kucing liar di seluruh dunia termasuklah kucing liar Eropah dan kucing liar Afrika.
feral catkucing feralVeterinarTiadaKucing domestik yang tidak dipelihara oleh manusia dan tidak memiliki rumah. Kucing feral sangat agresif dan biasanya akan bersembunyi daripada manusia serta tidak akan membiarkan dirinya disentuh atau diuruskan oleh manusia.
stray catkucing terbiarVeterinarTiadaKucing yang berada di luar rumah kerana telah meninggalkan atau tersesat daripada rumah pemiliknya serta telah terputus hubungan dan pergantungan dengan manusia.
blendingpengadunanHerbaTiadaProses menggabungkan bahan herba atau kelompok herba yang berlainan untuk menghasilkan bahan perantara atau produk akhir yang homogen. Contohnya, menggabungkan herba misai kucing dengan kacip fatimah atau menggabungkan herba misai kucing dari pelbagai sumber untuk menghasilkan adunan produk herba yang homogen.
furkidhaiwan manjaanVeterinarTiadaHaiwan peliharaan, kebiasaannya kucing atau anjing yang sangat manja dan sering menemani pemiliknya seolah-olah seperti anak mereka.
androgynousandroginusPertanianTiadaJambak bunga jantan spikelet seperti ekor kucing dengan butiran kecil tanpa debunga.
diureticdiuretikHerbaTiadaHerba yang digunakan untuk melawaskan pembuangan urin. Contoh herba ini ialah misai kucing, asparagus dan teh.
infestationinfestasiHerbaTiadaKeadaan herba yang dicemari serangga dan haiwan seperti rodensia. Kehadiran bulu mamalia (tikus, kucing dan lain-lain), feses dan bahagian jasad serangga merupakan bukti utama infestasi. Infestasi dikesan dengan mata kasar atau menggunakan mikroskop. Jika mengalami infestasi, bahan herba tersebut mesti dibuang dan tidak boleh digunakan dalam proses seterusnya.
lithotripticlitotriptikHerbaTiadaHerba yang melarutkan dan menyingkirkan batu karang dari tubuh. Contoh herba ini ialah misai kucing, dukung anak, misai jagung, pecah beling, lempung atau tempurung (Sonchus arvensis) dan parsli.
diureticdiuretikHerbaPemiawaianEkstrak herba yang digunakan untuk melawaskan pembuangan air kencing. Contohnya, ekstrak daun misai 24 kucing (Orthosiphon stamineus) dan ekstrak daun pecah beling (Strobilanthes crispus).
1234

Kembali ke atas