coup d'etat | kudeta | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lihat rampasan kuasa. |
coup d'etat | rampasan kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan politik yang bersifat mendadak dalam menjatuhkan sesebuah kerajaan atau pemerintahan dan seterusnya mengambil alih kuasa tersebut. Tindakan ini lazimnya dilakukan oleh golongan tentera atau pemimpin awam yang mendapat bantuan ketenteraan. Dari sudut sosiologi, rampasan kuasa terjadi dalam keadaan sesebuah kerajaan yang ekonomi dan sosialnya tidak stabil. Rampasan kuasa berbeza daripada revolusi. Revolusi merombak keseluruhan sistem masyarakat dan negara, sementara rampasan kuasa hanya menukar kepimpinan kerajaan atau elit yang memerintah tanpa mengubah struktur masyarakatnya. Pihak yang merampas kuasa biasanya akan mengembalikan urusan pemerintahan kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru apabila keadaan sosial telah kembali stabil. Namun begitu, terdapat juga situasi yang mengekalkan kuasa golongan yang melancarkan rampasan kuasa ini . Contohnya kebanyakan negara Amerika Latin dan Afrika mengalami kudeta tentera pada dekad 1960-an dan 1970-an. Sinonim kudeta/coup d'etat. |
conspiracy | konspirasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perancangan sulit yang dilakukan oleh individu atau kelompok tertentu bagi mengatasi dan menewaskan pihak lawan. Perancangan ini dibuat secara rapi sehingga pihak lawan dan masyarakat tidak mengetahui dalang sebenarnya. Konspirasi ini berlaku dalam pelbagai bentuk seperti fitnah, surat layang atau berita palsu yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan tertentu yang merupakan proksi atau tali barut perancang. Selain itu, konspirasi boleh juga berlaku secara kudeta, pembunuhan dan rusuhan yang menggunakan pihak tertentu seperti tentera dan pembunuh upahan, gerila serta kongsi gelap. Contohnya, kempen antikeganasan pentadbiran Bush di Amerika Syarikat merupakan satu bentuk konspirasi untuk menjatuhkan rejim Saddam Hussein di Iraq. Sinonim komplot. |
legitimacy | keabsahan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan pemerintah yang diterima secara sah oleh rakyat setelah dipilih melalui peraturan yang diterima pakai oleh sesebuah negara. Keabsahan hanya wujud apabila kerajaan yang muncul menggunakan prosedur yang sepatutnya dalam memilih kerajaan dan proses tersebut berjalan tanpa kekerasan. penipuan, rasuah atau manipulasi. Pemerintah yang muncul secara pemberontakan, rampasan kuasa dengan pembunuhan pemimpin negara atau kudeta tentera tidak mendapat keabsahan. Untuk mendapatkan keabsahan dan penerimaan orang ramai, kerajaan yang muncul ini kemudiannya akan mengadakan pilihan raya. Contohnya, penguasaan Amerika Syarikat ke atas pemerintahan Iraq tidak absah dan dengan itu mereka terpaksa mengadakan pilihan raya pada tahun 2005 bagi mendapatkan legitimasi. |