Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : IB 1. kubis, kol; 2. = akar ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), akar bani, akar banuk, Dischidia rafflesiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kul


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
khong wong lekkhong wong lekMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Thailand yang diklasifikasikan se­bagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini terdiri daripada set gong berbusut (gong chime) berbentuk bulatan yang berpic tinggi. Set gong yang terdiri daripada 16-17 gong kecil berbusut ini terletak di atas tali di dalam rak kayu bulat. Pemain duduk di tengah bulatan menggunakan pemu­kul kayu berbalut untuk memukul gong berbusut. Khong wong lek membungai melodi dalam ensembel mahori dan pi phat.

ghatamghatamMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Ghatam berbentuk periuk besar yang diperbuat daripada tanah liat. Pemain meletakkan ghatam di atas riba secara menegak dan menggunakan jari-jemari untuk memukul dinding alat muzik tersebut. Alat ini dimainkan dalam ensembel muzik klasik India Selatan, iaitu muzik Karnatak.

tablatablaMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Dram ini dimainkan secara berpasangan yang dikenali sebagai tabla dan baya. Kedua-dua dram ini mempunyai satu muka kulit yang ditiunkan. Tabla diperbuat daripada kayu dan berbentuk kon. Permukaan kulitnya dipu­kul dengan tangan kanan. Sementara baya biasanya diperbuat daripada logam dan berbentuk periuk. Permukaan kulitnya dipukul dengan tangan kiri. Kedua-dua dram ini diletakkan secara menegak di atas lantai berhadapan dengan pemain. Dram yang terdapat di India Utara ini menghasilkan rentak dalam muzik kla


Kembali ke atas