powdery mildew | kulapuk debu | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
downy mildew | kulapuk kekapas | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
aflatoxin | aflatoksin | Herba | Tiada | Bahan beracun yang dihasilkan oleh kulapuk yang terjadi pada tumbuh-tumbuhan apabila terdedah kepada tanah, semasa pemprosesan dan penstoran yang tidak bersih. Kehadiran aflatoksin dalam bahan herba boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Penentuan kandungan aflatoksin berguna untuk memastikan ketulenan dan kualiti suatu bahan mentah dan sediaan herba dengan menggunakan kaedah kromatografi. Kebanyakan farmakopeia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan bahawa bahan herba mestilah bebas daripada aflatoksin. |
microbial contamination | kontaminasi mikrob | Herba | Tiada | Pencemaran mikroorganisma seperti bakteria, fungus, yis dan kulapuk yang terkandung dalam herba akibat kontaminasi. Kontaminasi mikrob boleh berlaku apabila herba terdedah kepada tanah, semasa pemprosesan dan penstoran yang tidak bersih. Penentuan kandungan mikrob berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan kontaminasi mikrob dalam bahan herba yang melebihi had nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Kontaminasi mikrob dikesan secara mikrobiologi menggunakan kaedah kiraan aerob viabel total. Secara umumnya, kebanyakan farmakopoeia dan WHO telah menetapkan had piawai tertentu bagi bahan herba. Contohnya, British dan European Pharmacopoeia mengehadkan nilai kontaminasi mikrob bagi kanji jagung, ubi kentang, beras dan gandum tidak melebihi 103 bakteria dan 102 fungus untuk untuk setiap gram sampel. Menurut WHO, bahan herba mestilah bebas daripada kontaminasi Salmonella. |
herbal sterilisation | pensterilan herba | Herba | Tiada | Proses membebaskan bahan mentah dan sediaan herba daripada mikroorganisma seperti bakteria, kulapuk, kulat dan spora. Kaedah penyinaran biasa digunakan untuk pensterilan herba. Proses ini berguna untuk memastikan keselamatan bahan herba. |
herbal stability | kestabilan herba | Herba | Tiada | Keadaan keutuhan dan integriti herba semasa penstoran, pemprosesan dan pemasaran. Kestabilan herba adalah penting untuk menjamin kualiti keselamatan dan keberkesanannya. Faktor yang mempengaruhi kestabilan ialah persekitaran seperti kelembapan, suhu, cahaya dan bahan pengoksida, dan faktor biologi dalaman seperti enzim dan luaran seperti serangan bakteria, kulapuk dan infestasi. |