starter culture | kultur pemula | Bioteknologi | Tiada | Kultur organisma terutama kultur untuk memulakan fermentasi industri. Kultur jenis ini mungkin mengandungi kultur cecair yang sedang giat tumbuh, kultur liyofilasasi, atau kultur sejuk beku. |
single cell culture | kultur sel tunggal | Bioteknologi | Tiada | Kultur tulen (tanpa organisma lain) untuk menghasilkan sesuatu bahan yang diingini, atau proses yang melibatkan satu jenis kultur. bd. kultur sel campuran. |
culture room | bilik kultur | Pertanian | Agroteknologi | Bilik yang dibina khusus untuk menempatkan bekas yang mengandungi sel, bakteria atau tisu yang dalam proses pembiakan di dalam medium kultur. Bilik kultur perlu mempunyai persekitaran yang boleh dikawal dari segi suhu, kelembapan, pengudaraan dan pencahayaan. Keadaan persekitaran perlu dikawal untuk memberikan keadaan yang optimum bagi pertumbuhan sel dan tisu. |
stock culture | kultur stok | Biologi | Mikrobiologi | Kultur tulen yang mempunyai sifat-sifat yang telah diketahui dan dipiawaikan, dan disimpan sebagai kultur rujukan dan ujian tertentu. |
pure culture | kultur tulen | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kultur yang mengandungi sekumpulan organisma yang sama jenis tanpa organisma yang lain. 2. Kultur yang mengandung baka satu organisma sahaja tanpa organisma yang lain. |
synchronous culture | kultur sinkroni | Bioteknologi | Tiada | Kultur mikroorganisma, tisu tumbuh-tumbuhan, atau sel haiwan yang diolah untuk membolehkan pembahagian sel berlaku secara serentak. Misalnya, kultur heterotrof yang dapat dijadikan sinkroni dengan cara mengehadkan zat pemakanan dan kejutan suhu. |
culture medium | medium kultur | Pertanian | Agroteknologi | Bahan berbentuk agar-agar atau cecair yang mengandungi nutrien untuk membiakkan sel, mikroorganisma dan tisu tumbuhan. Kegunaan medium kultur termasuklah untuk mengkultur tisu tumbuhan sebagai satu cara membiak tanaman melalui bahagian tumbuhan seperti pucuk, batang atau daun. Selain itu, medium kultur digunakan untuk membiak bakteria bermanfaat seperti Rhizobium supaya dapat disuntik pada biji benih kekacang untuk membolehkan pengikatan nitrogen daripada udara. Medium kultur dibuat menggunakan serbuk agar-agar yang dibancuh dan ditambah dengan formulasi nutrien seperti formulasi Murasighe & Skoog untuk kegunaan kultur tisu tumbuhan. |
mixed cell culture | kultur sel campuran | Bioteknologi | Tiada | Kultur yang terdiri daripada dua jenis sel atau lebih yang hidup bersama untuk menghasilkan sesuatu bahan yang diingini. Kehadiran kedua-dua organisma yang terlibat adalah penting untuk menghasilkan bahan yang diingini. bd. kultur sel tunggal. |
continuous culture | kultur selanjar | Bioteknologi | Tiada | Kultur bakteria atau sel yang dikekalkan dalam keadaan penggandaan stabil bagi suatu jangka masa tertentu. Keadaan ini diperoleh dengan cara membekalkan bejana fermentasi atau bioreaktor dengan larutan medium secara selanjar pada kadar yang sama dengan kadar pengeluaran sel. bd. kultur sekelompok. |
growth rate | kadar pertumbuhan | Bioteknologi | Tiada | Kadar perkembangan organisma atau kultur. Kebanyakan mikroorganisma yang hidup dalam kultur cecair menunjukkan pertumbuhan eksponen, dan keadaan ini dikekalkan dalam kultur selanjar. |