social butterfly | kupu-kupu sosial | Umum | Tiada | Seseorang yang suka menghadiri acara sosial dan biasanya tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan orang lain. |
nanoscience | nanosains | Fizik | Nanoteknologi | Subbidang sains yang mengkaji fenomena yang berkaitan dengan struktur atau bahan berskala nanometer. Struktur nanometer telah wujud secara tabii seperti DNA dan permukaan sayap kupu-kupu, atau yang dihasilkan secara teknologi seperti nanotiub karbon dan nanozarah. |
chanson | sajak senandung | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang sesuai untuk dinyanyikan atau disenandungkan bagi tujuan tertentu seperti untuk menghiburkan hati sendiri atau untuk mendodoikan anak. Pok amai-amai, Belalang kupu-kupu; Tepuk biar pandai, Malam upah susu. Buai tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Pandai baca kitab. |
connotation | pengertian | Kesusasteraan | Puisi | Makna sesuatu perkataan dalam sesebuah puisi tidak harfiah. Konotasi ini berkaitan dengan hal-hal peribadi seseorang sama ada yang riang, gembira, manis, mahupun pahit. Contohnya, perkataan bunga yang membawa makna gadis atau kupu-kupu malam yang membawa konotasi perempuan yang rendah akhlak. Sinonim konotasi. |