epinephrine | epinefrina | Veterinar | Praklinikal | Hormon katekolamin yang dirembeskan oleh medula adrenal. Hormon ini meningkatkan kadar dan daya pengecutan otot jantung melalui reseptor beta. Epinefrina bersama norepinefrina bertindak terhadap beberapa organ penting seperti yang berikut (i) membantu dalam pengudaraan pulmonari dengan mengembangkan bronkiol paru-paru (ii) merangsang lipolisis dalam sel lemak bagi membekalkan asid lemak untuk penghasilan tenaga dalam kebanyakan tisu (iii) meningkatkan kadar metabolisme (iv) pembesaran pupil terutama sekali dalam keadaan kurang cahaya; dan (v) perencatan proses tidak perlu seperti merencat rembesan gastrousus. |
etiolation | etiolasi | Biologi | Ekologi | Keadaan abnormal yang terjadi pada tumbuhan bervaskular dalam cahaya kurang optimum. Antara ciri yang kelihatan ialah daun menjadi kecil dan kekuningan, dan ruang antara buku menjadi sangat panjang. Keadaan ini boleh kelihatan, misalnya dalam uji kaji mudah apabila anak cambah kacang hijau diletakkan di dalam almari selama satu minggu, tetapi diberi air. |
short-day plant | tumbuhan hari-pendek | Biologi | Genetik | Tumbuhan yang berbunga apabila didedahkan kepada cahaya kurang daripada 12 jam. |
diffused light | cahaya baur | Komunikasi | Tiada | Cahaya yang lembut, kurang berbayang dan lemah yang dihasilkan dengan meletakkan turas pembaur di hadapan sumber cahaya. |
hemaralopia | hemaralopia | Perubatan | Tiada | Keadaan penglihatan yang baik pada cahaya malap tetapi kurang memuaskan dalam cahaya terang. |
video gain | gandaan video | Komunikasi | Tiada | Alat dalam sistem kamera video yang mampu menambahkan daya penerimaan isyarat gambar untuk membolehkan tangkapan dibuat dalam cahaya yang kurang. Kamera yang dilengkapkan dengan kemudahan ini ialah daripada jenis 6dB iaitu untuk cahaya 150 lux dan jenis 12dB iaitu untuk cahaya 80 lux. |
under exposed | dedahan kurang | Komunikasi | Tiada | Kaedah dedahan cahaya kepada filem yang kurang daripada yang diperlukan sehingga mengakibatkan imej yang dirakam kelihatan hitam atau gelap. bd. dedahan lebih. |
optic | optik | Kejuruteraan | Tiada | 2. Menjana atau mengesan cahaya nampak.,3. Cahaya nampak yang julat panjang gelombangnya lebih kurang di antara 390 ke 750 nanometer. |
brightness | cerah | Fizik | Optik | Ciri cahaya yang memberi rangsangan nampak untuk kuantiti cahaya yang lebih atau kurang. kecerahan. |
orthochromatic | rabun merah (filem) | Komunikasi | Korporat | Kesan yang terhasil apabila sejenis bahan larutan sensitif terhadap cahaya biru dan cahaya hijau, tetapi tidak terhadap cahaya merah. Konsep rabun merah berasal daripada sejenis filem mentah yang dikenali sebagai filem ortokromatik. Filem ini pertama kali dihasilkan oleh Hermann Vogel pada tahun 1873 dengan menambahkan sebilangan kandungan pencelup yang mengandungi analisa pada kadar tertentu. Kajian tersebut telah diperluas dengan penglibatan pihak kedua, iaitu J.M. Elder yang memperkenalkan penggunaan pencelup merah “erythrosine” pada tahun 1884. Secara komersial, bahan ini kurang digunakan pada masa kini. Sinonim ortokromatik. |