collage | rekatan | Kesusasteraan | Puisi | Puisi moden yang memasukkan, menampal atau melekatkan bahan-bahan asing,juga kutipan-kutipan daripada pengarang� pengarang lain yang bertujuan untuk menjelaskan maksud yang hendak disampaikan. Sinonim kolase. |
outstanding premium | premium belum lunas | insurans | Tiada | Premium yang perlu dibayar tetapi kutipan belum dibuat. |
points race | perlumbaan mata | Sukan | Lumba Basikal | Salah satu acara yang mementingkan jumlah kutipan mata dan jarak untuk mencapai kemenangan. |
industrial life insurance | insurans hayat industri | insurans | Tiada | Insurans hayat yang jumlah diinsuranskan agak kecil dan kutipan premium dibuat dari rumah ke rumah secara mingguan atau bulanan. |
Multi-Lane Free Flow (MLFF) Toll System | Sistem Tol Aliran Bebas Berbilang Lorong | Pengangkutan | Tiada | Sistem kutipan tol tanpa henti untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di plaza tol. |
industrial life insurance | insurans hayat industri | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans hayat yang jumlah diinsuranskan agak kecil dan kutipan premium dibuat dari rumah ke rumah secara mingguan atau bulanan. |
indirect tax | cukai tak langsung | Ekonomi | Tiada | Cukai yang dibayar dalam bentuk penambahan kepada barang dan perkhidmatan. Misalnya, cukai jualan, cukai eksais, cukai import, dan cukai eksport. Beban cukai tak langsung yang tujuan asalnya dikenakan kepada penjual barang, tetapi boleh dipindahkan kepada pembeli kerana kutipan cukai ini berasaskan barang yang dijual. |
mulamma� | mulamma� | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Parsi dan Turki Uthmani yang mengandungi bait atau misrak dan ditulis dalam dua bahasa ataupun lebih dalam aksara yang sama. Setiap misrak mesti menggunakan bahar (pola irama) yang sama. Pengaruh puisi mulamma� terdapat juga dalam sastera Melayu tetapi tidak tertakluk kepada syarat penggunaan baharnya. Contohnya, gabungan bahasa Melayu dan Arab dalam karya Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) seperti yang berikut: Laut itulah yang bernama Ahad, Terlalu lengkap pada ashya� samad, Olehnya itulah lam-yalid wa-lam-yulad, Wa-lam yakun la-hu kufu�an ahad. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab, iaitu kutipan daripada surah al-Ikhlas. Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam syair Hamzah Fansuri (Syair Hamzah Fansuri) sepeti yang berikut: Sungguhpun sekalian di sana jadi, Pada ombak qahhar jangan kau radhi, Sabda Muhammad pada sekalian kami, Ba-ruy-i khwaja bikun kar-i ghulami. Perkataan yang dicondongkan adalah dalam bahasa Parsi yang bererti: �Pada wajah atau pandangan tuan (terhormat), usahakanlah kerja-kerja seorang hamba�. Pengaruh puisi mulamma� ditemui juga dalam sajak Melayu moden. Contohnya dalam petikan sajak Rizi S.S. yang berjudul �Selamat tinggal Alma Materku� (Pilar-pilar Widuri): �Yakin penuh, wa-yarzuqhu, min haythu la-yahtiasib, biarkan daku, berbakti di mana saja�. Perkataan yang dicondongkan menggunakan bahasa Arab yang dipetik daripada al-Qur�an, Surah al-Talaq, ayat 3: Ertinya: Dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya... Contoh lain ialah gabungan bahasa Melayu dan Parsi dalam petikan sajak nasihat oleh Rizi S.S. yang berjudul �Ah ! Apalah� (Pilar-pilar Widuri): Rizi ba duza-i �umr maghrur mabash, Bunyad-I tu nisti ast ma�mur mabash, Har chand duktur u datu� ustadat khwanand, Ay khak ba in ghubar masrur mabash. Bait yang dicondongkan menggunakan bahasa Parsi yang bererti: Rizi! Usah bangga, tempoh usia yang singkat ini, asasmu pada ketidakwujudan berasa makmur, jangan begitu, Orang mungkin menggelarmu, Doktor, Dato� dan Profesor, Duhai bumi! Usahlah gembira dengan debu yang berterbangan. |
reality effect | kesan realiti | Kesusasteraan | Tiada | Butiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: �...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah ditiup angin. Sungai Cheneor yang secara tidak rasmi dinamakan oleh peneroka awal Bukit Setugal, setiap hari sejak wujudnya, ia tetap matang, waras dan dewasa dengan pengalamannya. Airnya yang deras tetap menghanyutkan sampah-sarap, membiakkan anak-anak baung, temalian, kenerap, patin, jelawat, sengiring, tilan, kelah, tapak belida dan puluhan jenis ikan-ikan lagi.� Kutipan petikan novel di atas sarat dengan butiran dunia kampung sehingga menjadikan gambarannya hidup dan meyakinkan. |