tranquility principle | prinsip ketenangan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Prinsip yang digunakan dalam model Bell-La Padula yang mengatakan bahawa klasifikasi keselamatan yang diberikan kepada suatu subjek, seperti pengguna atau objek, seperti cakera tidak akan berubah apabila dirujuk atau digunakan dalam suatu aktiviti. |
determinate error | ralat tentuan | Kimia | Kimia Analisis | Ralat yang boleh ditentukan dan boleh dihapuskan. la biasanya malar dari segi magnitud dan arah dan boleh bersumberkan daripada kaedah. alatan atau penganalisis. Ia dikenali juga sebagai ralat sistematik. |
macro-economic model | model ekonomi makro | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu model pertumbuhan ekonomi yang berorientasikan penawaran. la cuba menjelaskan output wilayah dalam bentuk faktor-faktor wilayah tertentu dan setiap satunya boleh dianalisis secara berasingan. |
symphony | simfoni | Muzik | Tiada | Karya orkestra yang merupakan genre utama bagi komposer Zaman Klasik. Istilah sinfonia berasal daripada perkataan Latin, iaitu symphonia. Simfoni muncul pada awal Zaman Klasik dan berkembang hingga akhir Zaman Romantik. Simfoni biasanya mengandungi tiga atau empat gerakan muzik seperti allegro, adagio, menuet atau scherzo, dan presto. Bentuk muzik yang digunakan dalam pengkaryaan sebuah simfoni pada Zaman Klasik dan Zaman Romantik ialah bentuk sonata, biner, ternari, rondo, variasi dan sonata rondo. Komposer utama untuk genre ini seperti Haydn, Mozart, Beethoven, Schubert dan Brahms. Lihat juga muzik mutlak. |
conservation | pemeliharaan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Proses menjaga sesuatu tempat atau bangunan bagi mengekalkan kepentingan nilai-nilai kebudayaan. la juga melibatkan proses pengekalan, pemulihan, pembangunan semula, dan penyesuaian. |
voluntarism | faham voluntaris | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman berasaskan kerja yang dilakukan secara sukarela atau bergantung kepada sukarelawan. Fahaman ini menolak unsur upah atau pergantungan kepada buruh yang dibayar. la menekankan kepada semangat egalitarian, tolong-menolong atau gotong-royong. Menurut fahaman ini, buruh dan upah tidak diperlukan apabila sesuatu kerja atau beban boleh dilakukan secara bersama atau oleh sukarelawan. Contohnya, faham voluntaris dapat dilihat dalam amalan gotong-royong masyarakat Melayu tradisional khususnya semasa mengerjakan sawah padi atau membina rumah. Sinonim voluntarisme. |
heptasyllabic | saptasuku | Kesusasteraan | Puisi | Tujuh suku kata dalam setiap baris yang terdapat pada sesuatu rangkap. Contohnya. baris yang menerapkan saptasuku ini dapat dilihat pada baris pertama puisi "Laut" karya J.M. Aziz ini. La/ut ber/bu/nga i/kan 2 3 2 |
climate change | perubahan iklim | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Peralihan cuaca yang berlaku dalam tempoh yang lama dan dikaitkan dengan peningkatan suhu secara sejagat serta menghasilkan pola iklim baharu, contohnya fenomena El Niño dan La Niña. |
hendecasyllabic | sebelas suku | Kesusasteraan | Puisi | Baris puisi dalam sesuatu rangkap yang mempunyai sebelas, suku kata. Jumlah ini mungkin berasal daripada dua, tiga, empat atau lima perkataan diksi. Contohnya, pada baris ini: Ke/mu/mu ti/dak ke/la/di pun ti/dak Ke/lo/pak se/per/ti ran/ting ke/ta/pang |
absence | ketidakhadiran | Kesusasteraan | Tiada | Kelompangan yang wujud dalam sesebuah teks sastera. Pada zahirnya, sesebuah teks dilihat sebagai sebuah entiti yang lengkap, tetapi sebenarnya terdapat beberapa kelompongan. Hal ini demikian kerana pemilihan perkataan oleh pengarang menyebabkan perkataan lain terpaksa dilenyapkan. Apabila terbitnya karya Pierre Macherey bertajuk Pour une Theorie de la Production Litteraire yang diterjemahkan sebagai A Theory of Literary Production, konsep ketidakhadiran ini semakin mendapat perhatian para pengkritik. Menurut Macherey, setiap perkataan yang dipilih oleh karyawan tertera dalam sesebuah teks, bermakna perkataan lain terpaksa dinyahkan. Jacques Derrida pula berpendapat bahawa setiap garapan oleh pengarang dipilih berdasarkan kehadiran khalayak dan pilihan tersebut bertujuan membawa khalayak kepada ideologinya. Perbuatan mengesan kelompangan dalam sesebuah teks merupakan strategi untuk menyelongkar ideologi teks tersebut. Sigmund Freud menamakan ketidakhadiran ini sebagai The Unconscious, iaitu penganalisis boleh membongkar psikologi di sebalik kelompongan teks. Contohnya dalam Sejarah Melayu, suara wanita tidak kedengaran. Situasi ini seolah-oleh memberikan gambaran bahawa wanita tidak penting dalam pembentukan kerajaan Melayu, tetapi jika diteliti, ketidakhadiran wanita tersebut akan dapat mendedahkan ideologi patriarki feudalisme ketika itu. |