aperient | aperien | Farmasi | Farmakologi | Kumpulan agen laksatif sederhana seperti laksatif pukal, surfaktan dan pelincir. |
cathartic | katartik | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan merangsang laksatif atau julap. 2. Agen untuk melancarkan usus, terutamanya laksatif atau julap. Contohnya, magnesium sulfat hidrat dan minyak kastor. Laksatif kuat akan menyebabkan pembuangan najis yang kerap. |
laxative | laksatif/julap | Perubatan | Tiada | Tiada |
laxative | laksatif/julap | Perubatan | Tiada | Bahan untuk merangsang pembuangan air besar yang kerap atau menjadikan najis lebih lembut dan banyak. |
laxative | laksatif/julap | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
laxative | laksatif/julap | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
laxative | laksatif | Perubatan | Tiada | Kumpulan ubat yang membantu melancarkan pembuangan air besar dengan pelbagai mekanisme terutamanya dengan mengurangkan kepejalan najis. Ubat ini digunakan untuk mengatasi masalah sembelit dan untuk mengosongkan usus sebelum pembedahan atau penyiasatan radiologi. Penggunaan ubat yang berlebihan akan menyebabkan cirit-birit. Contoh ubat ialah Laktulose, minyak parafin dan Bisacodyl. |
laxative | laksatif | Perubatan | Tiada | Bahan untuk merangsang pembuangan air besar dengan lebih kerap atau menjadikan tinja lebih lembut dan banyak. |
laxative | laksatif | Farmasi | Farmakologi | Kumpulan agen yang membantu menggalakkan pembuangan kandungan usus besar melalui beberapa mekanisme, iaitu mengaruhkan peristalsis dengan memukal, melembutkan dan meningkatkan pelinciran najis.Kumpulan agen ini biasanya digunakan untuk rawatan sembelit dan mengosongkan usus sebelum sesuatu pembedahan atau pemeriksaan radiologi. Contoh agen ini ialah laktulosa dan parafin cecair. Sinonim pelembut tinja. |
laxative | laksatif | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Bahan yang meningkatkan penyingkiran sisa makanan daripada badan dan digunakan untuk mengatasi sembelit. |