ridge line | garis permatang | Geologi | Tiada | Garis permatang: Garis cerun yang menghubungkan puncak-puncak melalui laluan-laluan atau pancang-pancang. |
local network | rangkaian tempatan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Rangkaian-rangkaian dalam loji yang tidak bersandar kepada litar-litar terpajak atau tersuis awam untuk membekalkan laluan-laluan penghantaran komunikasi data.,2. Bahagian rangkaian telefon yang dibentuk oleh telefon pelanggan, talian-talian ke ibu-ibu sawat tempatan dan ibu-ibu sawat tempatan itu sendiri. Ia berbeza dengan rangkaian sesalur yang merangkumi sekali ibu-ibu sawat sesalur dan talian-talian sesalur. |
lock | selak; sekat; kunci; pintu air | Kejuruteraan | Tiada | 1. Ruang yang mempunyai get di kedua-dua hujungnya, yang menghubungkan dua bahagian saluran atau laluan-laluan air yang lain, untuk meninggikan atau menurunkan aras air di bahagian-bahagian yang terhubung itu.,2. Peranti pengikat yang mengandungi bolt yang dapat ditolak untuk menghasilkan ikatan.,3. Menamatkan pemprosesan pita magnet dengan cara yang menjadikan kandungan pita itu tidak boleh dicapai lagi.,4. Kaedah, dalam pengurusan sistem pengendalian, untuk proses diberikan penggunaan sumber secara eksklusif. |
gate | pintu; lawang; bukaan; laluan; get | Geologi | Tiada | 1. Laluan masuk ke teluk atau ke pelabuhan, terletak di antara tanjung.,2. Laluan gunung yang dijadikan laluan masuk ke sesuatu daerah atau negeri.,3. Lembah yang rendah dan lebar atau bukaan di antara tanah tinggi, biasanya lebih lebar daripada jurang.,4. Laluan terbatas di sepanjang lembah sungai.,5. Fisur atau bukaan yang besar pada rangka radiolaria spumelaria. |
shortest path | laluan terdekat; laluan tercepat | Geografi | Tiada | Tiada |
default password | kata laluan lalai | Teknologi Maklumat | Perisian | Kata laluan yang pertama kali diberikan kepada individu apabila mereka menjadi pengguna sesuatu sistem. Pengguna biasanya akan menukar kata laluan ini sebaik sahaja dapat mencapai sistem. Hal ini kerana kata laluan lalai boleh diketahui oleh mana-mana pengguna lain yang menggunakan sistem tersebut. Contohnya, pengguna mesin juruwang automatik (ATM) akan diberikan kata laluan lalai pada pertama kali menggunakan kad ATM. Pihak bank biasanya akan menasihatkan pengguna agar menukar kata laluan lalai dengan kata laluan baharu. |
nasal passage | lorongan hidung; laluan nasum | Perubatan | Tiada | Laluan dalam hidung untuk laluan udara semasa pernafasan. |
parallel taxiway | laluan taksi selari | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Laluan taksi yang mempunyai dua laluan yang dibina selari untuk laluan pesawat. |
multipath method | kaedah berbilang laluan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Kaedah untuk menentukan laluan trafik daripada beberapa laluan. |
inhalation therapy | terapi penyedutan | Farmasi | Farmaseutik | Pemberian drug secara terus ke salur respirasi, biasanya menggunakan aerosol. Oleh sebab drug disampaikan secara terus ke tapak tindakan, dos yang diperlukan adalah lebih rendah untuk laluan ini berbanding laluan yang lain seperti laluan gastrousus atau parenteral. Insiden dan keamatan kesan sampingan biasanya lebih rendah untuk laluan ini berbanding laluan yang lain. |