gravitational instability | ketakstabilan graviti | Matematik | Tiada | Kecenderungan sesuatu medium tak sekata yang melebihi saiz genting, lama-lama menjadi semakin tidak sekata lagi disebabkan oleh tarikan graviti yang dianggap sebagai proses pembentukan galaksi. |
old regime | pemerintahan lama; rejim lama | Sejarah | Tiada | Tiada |
old hand | orang lama | Kejuruteraan | Tiada | Pekerja yang telah lama bekerja di medan minyak. |
new for old | baru untuk lama | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Menggantikan bahagian atau alat lama yang rosak dengan alat yang baru dan tidak membaikinya. |
nonperishable food | makanan tahan lama | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Makanan yang tidak mudah rosak dan boleh di simpan lama. |
long life battery | bateri tahan lama | Sosiologi | Tiada | Bateri yang dapat membekalkan kuasa dalam tempoh yang lebih lama daripada bateri biasa. |
rewiring | pendawaian semula | Teknik | Elektrik | Penggantian pendawaian lama dengan pendawaian baru setelah pendawaian lama itu tidak selamat digunakan atau telah mengalami kerosakan, terbakar atau sukar dibaiki. Tempoh pendawaian semula ini bergantung pada jenis bangunan, tempat penggunaan dan beban yang ditanggungnya. Misalnya, pemasangan perumahan selepas 10 tahun, pemasangan di tempat pertanian selepas 6 tahun, dan pemasangan dalam kenderaan selepas 3 tahun. |
new comedy | komedi baru | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama cereka bertemakan cinta dan persoalan kehidupan harian. Komedi ini menggantikan komedi lama Yunani, menjadi asas kepada komedi Shakespeare dan komedi lain yang sama dengannya. Tidak seperti komedi lama, komedi baru mengetepikan unsur satira tentang isu semasa. Plotnya bersifat cereka, wataknya stereotaip dan ceritanya berakhir dengan kebahagian. Di samping itu, unsur korus dalam komedi lama telah digantikan dengan selingan muzikal. Banding komedi lama. |
long-term debt | hutang jangka panjang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Hutang yang hanya dibayar dalam jangka yang lama atau bon yang matang dalam tempoh yang lama. |
ecdysial fluid | bendalir ekdisis | Biologi | Entomologi | Bendalir yang dirembeskan oleh epidermis ke dalam rongga yang terdapat di antara kutikel lama dengan kutikel baharu selepas apolisis. Bendalir ini mengandungi enzim yang dapat mencernakan kutikel lama. |