Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.man] | لامن

Definisi : bp kep halaman: jamuan ~; ~ web dokumen elektronik pd paparan skrin komputer (biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb) tentang sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dapat dicapai me­lalui Internet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.man] | لامن

Definisi : halaman. ~ web dokumen elektronik pd paparan skrin komputer, biasanya mengandungi teks, grafik, imej, bunyi dsb ttg sesuatu institusi, organisasi, persatuan, individu dsb yg dpt dicapai melalui Internet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laman

Puisi
 

Serai serumpun tengah halaman,
     Tempatlah murai berulang mandi;
Tinggal kampung tinggal laman,
     Tinggal laman tempatnya mandi.


Lihat selanjutnya...(53)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
content cachingpengagregatan kandunganTeknologi MaklumatTiadaTindakan menyalin laman-laman tapak web ke dalam pelayan-pelayan yang terletak di beberapa tempat. Apabila sesebuah kandungan dalam laman Web diminta oleh pengguna, kandungan itu dikenal pasti secara cepat dan akan disampaikan oleh pelayan yang terhampir dengan pengguna. Tujuannya untuk menghasilkan perkhidmatan yang cepat dan cekap. Pelayan agregat diletakkan di beberapa tempat dalam rangkaian Internet di seluruh dunia. Sinonim pengagihan kandungan, penghantaran kandungan, penghantaran pengedaran kandungan
browselayarTeknologi MaklumatTiadaProses melihat laman-laman web dalam Internet dengan menggunakan pengimbas Internet dan mengklik pelbagai pautan hiper. Dalam keadaan ini pengguna melihat-lihat dan berinteraksi dengan maklumat yang dipapar pada skrin.
news reader softwareperisian baca beritaTeknologi MaklumatPerisianSejenis perisian yang digunakan untuk memuat turun dan memaparkan berita dari laman-laman web di Internet. Kebanyakan laman web mempunyai pilihan kepada pelanggan sama ada untuk membaca secara dalam talian atau pun secara suapan RSS. Pilihan dalam talian menggunakan pendekatan yang biasa sebagaimana pelanggan membaca berita pada akhbar dalam talian. Pendekatan RSS pula membolehkan pelanggan mendapatkan dan menyimpan berita tanpa perlu melayar laman portal berita. Contohnya, perisian e-mel Thunderbird mempunyai aplikasi baca berita.
filtering softwareperisian penapisanTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang menyekat pengguna daripada mencapai laman-laman web yang tidak dibenarkan. Contoh perisian ialah Cyber Patrol dan Net Nanny.
webpagelaman webTeknologi MaklumatTiadaSuatu laman atau fail jaringan sejagat (www) yang biasanya ditulis dalam format HTML, JavaScript, ASP atau PHP. Laman web dipaparkan pada monitor dengan menggunakan pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox atau HotJava. Laman web boleh mengandungi teks, grafik, animasi, imej, video, audio dan pautan kepada laman web lain. Contohnya seperti www.dbp.gov.my/kamus/istilah.htm.
back buttonbutang undurTeknologi MaklumatTiadaButang yang terpapar di bahagian atas pengimbas laman web atau pada laman web itu sendiri untuk melihat laman web sebelumnya apabila diklik.
dynamic HTMLHTML dinamik (DHTML)Teknologi MaklumatPerisianKoleksi teknologi yang digunakan bersama untuk menghasilkan laman web yang interaktif dan beranimasi. Laman web ini dihasilkan dengan menggunakan bahasa penanda statik seperti HTML, bahasa penskripan seperti JavaScript, bahasa definisi persembahan seperti helaian gaya lata (CSS) dan model objek dokumen. Semasa proses pemaparan, DHTML membenarkan bahasa penskripan untuk menukar pemboleh ubah dalam bahasa definisi laman web yang akan mempengaruhi rupa dan fungsi laman web tersebut. Dengan kata lain, ciri dinamik DHTML ialah cara DHTML berfungsi ketika laman itu dipaparkan dan bukan keupayaannya untuk menjanakan laman yang unik bagi setiap laman yang dibebankan. Contoh skrip laman web yang menggunakan DHTML adalah seperti yang berikut: DHTML example