Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.bung] | لامبوڠ

Definisi : naik ke atas atau melompat tinggi (bola, perahu yg dipukul ombak, dll); berlambung-lambung, berlambung-lambungan 1. saling melambung sesuatu (dlm kumpulan dan menggunakan beberapa biji bola): mereka ~ bola dlm permainan itu; 2. melambung bola berulang-ulang: anak kecil itu ~ bola seorang diri; melambung 1. naik atau membuang ke atas tinggi-tinggi (burung terbang, bola, dll): akibat letupan itu sebuah tong telah ~ ke udara setinggi seratus kaki; 2. ki memuncak naik (harga, nasib, kegirangan, dll): harga getah telah ~ tinggi dlm tempoh itu; 3. ki memberi pujian atau sanjungan yg tinggi; setinggi­-tinggi ~ surutnya ke tanah juga prb selalu kembali ke asalnya; melambungkan 1. menaikkan atau mem­buang tinggi-tinggi: ada yg bersorak sambil ~ senjatanya; 2. memberikan puji-pujian atau sanjungan yg tinggi; ~ dada ark sombong, membesarkan diri; terlambung, terlambung-lambung terloncat (terhumban) tinggi-tinggi: kereta yg mereka tumpangi terlambung-lambung menghempas­kan penumpang di dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bung] | لامبوڠ

Definisi : rusuk atau tepi badan (rumah, kapal, dll), samping: air me­mercik hingga menepis ~ kapal; ditikam oleh Hang Tuah seorang kena ~nya; melambung mendatangi (menyerang, me­langgar, dll) dr samping; melambungi 1. mengenakan atau memasang binaan pd lambung kapal (rumah dll); 2. belayar atau bergerak di samping. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bung] | لامبوڠ

Definisi : Mn perut; besar ~ kuat makan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bung] | لامبوڠ

Definisi : hal naik tinggi ke atas (bkn bola, perahu dipukul ombak dsb): Bola yg ditendang itu ~nya tinggi. melambung 1 naik atau melantun ke atas (spt bola, perahu yg dipukul ombak dll). 2 memuncak naik (ttg harga dsb): Pd masa itu, harga getah ~ tinggi. melambungkan menaikkan atau membuang sesuatu tinggi-tinggi: Mereka bersorak-sorak sambil ~ topi kerana gembira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lam.bung] | لامبوڠ

Definisi : , = lambungan rusuk atau tepi (badan, rumah, kapal dll); samping. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambung
Kata Terbitan : melambung, terlambung-lambung,

Puisi
 

Kapal kecil roda lambung,
     Naik ke darat pasang teropong;
Orang muda kacak melambung,
     Songkok senget saku kosong.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heavelambungSains MarinTiada1. Turun naik ombak atau laut secara menegak. 2. Pergerakan pembauran kapal atau bot mengikut paksi menegak. 3. Pergerakan bersih bagi jisim terapung yang terhasil daripada tindakan ombak.
thick flanklambung tebalVeterinarTiadaTiada
thick flanklambung tebalPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
bounced chequecek lambungEkonomiTiadaCek yang tidak laku atau tidak boleh ditukar dengan wang tunai oleh bank kerana wang simpanan pemilik cek tersebut dalam akaun bank tidak mencukupi. Sinonim cek tak layan.
shaken baby syndrome (SBS)sindrom goncang bayi/sindrom lambung bayiPerubatanTiadaTiada
dishonoured chequecek tak layanEkonomiTiadaLihat cek lambung.

Kembali ke atas