Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.pu] | لمڤو

Definisi : 1. sj alat utk menerangi (sesuatu ruang, kawasan, dsb), pelita, suluh; 2. ki penerang pemikiran atau rohaniah: al-Quran merupa­kan ~ yg menerangi dunia; ~ arka lampu yg sangat terang cahayanya (yg terhasil oleh arka elektrik apabila arus elektrik mengalir di antara dua elektrod); ~ ayam sj lampu minyak yg mempunyai sisi kaca, yg dipasang pd waktu malam supaya ayam, itik dsb tidak kesejukan; ~ duduk lampu yg diletakkan di atas meja; ~ dunia matahari; ~ gantung lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding); ~ gas (gasolin) lampu yg menggunakan pam (utk menaikkan minyak); ~ hijau a) isyarat bergerak dlm sistem lalu lintas; b) ki kebenaran atau persetujuan utk melaksanakan sesuatu projek dll; ~ jalan lampu elektrik yg dipasang pd tiang di sepanjang sesuatu bahagian jalan; ~ kalimantang lampu pendarfluor; ~ karbaid lampu yg menggunakan gas karbida; ~ kuning isyarat bersedia utk berhenti dlm sistem lalu lintas; ~ limpah lampu besar yg sangat terang dgn alur cahaya yg lebar, biasanya digunakan di luar utk menerangi sesuatu kawasan, bangunan dsb; ~ meja lampu elektrik kecil yg diletakkan di atas meja dsb; ~ merah a) isyarat berhenti dlm sistem lalu lintas; b) isyarat amaran; ~ neon lampu elektrik yg mengguna­kan gas neon (biasanya berwarna-warni); ~ pendarfluor lampu yg cahayanya dihasilkan melalui nyahcas elektrik dlm tiub bertekanan rendah; ~ picit suluh yg menggunakan bateri; ~ suluh lampu picit; ~ tempel lampu yg disangkutkan di dinding; ~ terendak sj lampu hiasan (biasanya di ruang tamu) yg mem­punyai terendak; ~ tidur lampu yg cahayanya sangat malap, yg digunakan semasa tidur; ~ tumpu lampu yg sangat terang yg boleh ditumpukan pd sesuatu tempat dsb supaya jelas kelihatan; spt ~ kekurangan minyak prb hidup yg sangat melarat; berlampu mempunyai (telah dipasang) lampu: bilik itu tidak ~; melampukan memasang lampu di sesuatu tempat (ruang dsb): ~ semua bilik di dlm rumah itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pu] | لمڤو

Definisi : alat utk menerangi (spt pelita). ~ elektrik lampu yg menggunakan tenaga elektrik. ~ gas (gasolin) lampu yg menggunakan tekanan angin utk menaikkan minyak. ~ karbida lampu yg menggunakan gas karbida. ~ limpah lampu besar yg sangat terang dgn alur cahaya yg lebar, biasanya digunakan di luar rumah, bangunan dsb utk menerangi sesuatu kawasan. ~ minyak lampu yg menggunakan minyak tanah. ~ neon lampu berwarna-warni (yg menggunakan gas neon). ~ picit lampu yg menggunakan bateri utk menyalakannya. ~ tumpu lampu yg sangat terang yg cahayanya boleh ditumpukan pd tempat tertentu supaya sesuatu dpt dilihat dgn jelas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampu (kata nama)
Bersinonim dengan lampu suluh, lampu picit, pelita.,

Puisi
 

Pasang lampu biar terang,
     Hendak menanam pohon selasih;
Kasih sayang tuan seorang,
     Itu tempat menagih kasih.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai pelita kehabisan minyak.

Bermaksud :

Tidak berseri-seri lagi. (Bandingkan dengan: Lampu kekurangan minyak).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
downlightlampu tumpu bawahKesenianHiasan DalamanLampu kecil yang terpancar terus ke bawah. Lampu ini dipasang ke dalam, di atas permukaan atau tergantung. Lampu tumpu bawah biasanya digunakan untuk mempertingkatkan kecerahan pada sesuatu ruang.
PAR lamplampu PARKesenianHiasan DalamanLampu pemantul parabolik aluminium yang dapat mengawal pencerahan dengan baik. Lampu ini sesuai digunakan tanpa perlu dilindungi kerana diperbuat daripada kaca yang kukuh dan tahan cuaca yang buruk.
tail lightslampu belakangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLampu berkeamatan rendah yang dipasang pada bahagian belakang kenderaan. Lampu ini digunakan sebagai petunjuk bagi pemandu kenderaan yang mengekori dari arah belakang.
girandolependakap girandolaKesenianHiasan DalamanPendakap dinding lampu candelier, kaki lampu hiasan dan tapak lilin yang diukir secara terperinci. Pendakap ini mula digunakan pada pertengahan abad ke-17 di Perancis. Istilah ini diambil daripada perkataan Itali girandola.
flood lightinglampu limpahKesenianHiasan DalamanLampu yang direka bentuk untuk menerangi sesuatu objek, atau suasana, yang melibatkan pencahayaan yang lebih terang daripada suasana sekitar. Lampu ini biasanya digunakan untuk menerangi stadium, bangunan, papan iklan atau landskap.
betty lamplampu bettyKesenianHiasan DalamanLampu yang diperbuat daripada besi atau tembaga, yang boleh digantung di siling atau didirikan di lantai untuk kegunaan di rumah atau di bengkel. Lampu ini menggunakan minyak ikan dan kain yang digulung sebagai bahan api, dan digunakan secara meluas oleh koloni Amerika dan Eropah. Betty berasal daripada perkataan Jerman besser atau bete yang bermaksud 'menjadikannya lebih baik'.
fluorescent lamplampu kalimantangKesenianHiasan DalamanLampu elektrik yang terdiri daripada tiub yang disalut dengan serbuk pendarfluor dan mengeluarkan cahaya yang lebih sejuk dan kurang menyilau apabila terdedah kepada sinaran ultralembayung. Lampu ini dihasilkan dalam beberapa saiz, contohnya 600 mm dan 1200 mm.
headlightlampu puncakKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLampu hadapan yang digunakan untuk menyuluh jalan dan boleh diubahsuai alur cahayanya.
lamplampuKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMentol lampu yang terdiri daripada filamen, soket, pembalilk, dan kanta.
ambient lightinglampu latarKesenianHiasan DalamanLampu yang digunakan sebagai latar untuk meningkatkan kecerahan suasana sesebuah ruang.
1234567

Kembali ke atas