Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lancar;

Peribahasa

Pasar jalan kerana diturut,
     lancar kaji kerana diulang.

Bermaksud :

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disfluencyketakfasihanSains KesihatanTiadaPertuturan yang tidak lancar yang dicirikan oleh pemanjangan dan pengulangan bunyi atau pertuturan yang tersekat-sekat.
foreign escorted tourlawatan beriring asingPelanconganTiadaLawatan ke negara asing yang diiringi oleh individu yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua program yang dirancang berjalan dengan lancar.
moodsuasana hatiKesusasteraanPuisiPerkara yang berhubung dengan penyair dan proses penciptaan. Sekiranya suasana hatinya baik dan ilham datang, proses penciptaan sesebuah puisi itu berjalan lancar. Sebaliknya jika suasana hatinya kurang baik dan ilham tiada, proses penciptaan itu tersekat.
laminar flowaliran laminaSains MarinTiadaAliran bendalir (cecair atau gas) yang daya kelikatannya melebihi daya-daya lain. Dalam aliran lamina, zarah bendalir akan bergerak dalam laluan yang ditentukan secara lancar tanpa gangguan.
colitiskolitisHerbaFitoterapiSejenis penyakit berkaitan pencernaan kronik yang dicirikan oleh radang pada lapisan di dalam kolon. Kolitis disebabkan oleh jangkitan kuman, ulser, keracunan makanan, bengkak usus atau aliran darah yang tidak lancar.
misfiresalah nyalaanKejuruteraan AutomotifEnjinKeadaan campuran udara-bahan api yang gagal dinyalakan dengan sempurna disebabkan oleh kegagalan palam pencucuh untuk mencetuskan bunga api pada masa yang ditetapkan. Keadaan ini berlaku sama ada secara berterusan atau tidak berkala yang menyebabkan kehilangan kuasa dan operasi enjin menjadi kurang lancar.
monolithic catalytic converterpenukar bermangkin monolitikKejuruteraan AutomotifEnjinPenukar bermangkin yang mempunyai bahagian laluan udara yang berbentuk indung madu atau sarang lebah yang diperbuat daripada seramik. Struktur ini menyediakan permukaan yang disaluti unsur pemangkin yang luas. Konfigurasi ini menghasilkan tindak balas kimia gas ekzos yang lebih cekap dan laluan gas ekzos yang lebih lancar dan kurang kehilangan tekanan. Sinonim penukar monolitik Banding penukar bermangkin lapisan berpelet.
primacy of politicskeperdanaan politikSains PolitikPolitik PerbandinganPolitik atau unsur politik sebagai faktor utama dalam mempengaruhi kehidupan manusia keseluruhannya. Keperdanaan politik memperlihatkan pembangunan ekonomi, keharmonian sosial, kejayaan diplomasi, pentadbiran, kecemerlangan pendidikan dan sebagainya yang bergantung kepada unsur politik dalam sesebuah masyarakat. Keperdanaan politik mencerminkan pertukaran politik lama yang tradisional kepada politik yang lebih demokratik, telus dan stabil bagi melahirkan pentadbiran yang baik. Ini akan menyumbang kepada proses pembangunan yang lancar. Contohnya, Adrian Leftwich (2002) dalam tulisannya States of Development: On the Primacy of Politics in Development telah menyatakan bahawa dengan meminggirkan unsur politik, pembangunan ekonomi sesebuah negara tidak akan berlaku.
voting machinejentera mengundiSains PolitikPolitik PerbandinganTeknik yang digunakan oleh badan pengendali pilihan raya supaya pilihan raya berlangsung dengan licin dan sistematik. Teknik ini digunakan bermula daripada peringkat pendaftaran pemilih sehingga ke peringkat penjumlahan undi serta pengisytiharan kemenangan dalam sesuatu pilihan raya. Prosedur yang ditetapkan dalam jentera ini seperti senarai pengundi yang terkini, proses penyemakan yang rapi dan pengiraan yang telus serta sentiasa dikemas kini bagi memastikan perjalanan pilihan raya menjadi cekap, bersih dan lancar.

Kembali ke atas